Menu Utama

Ustaz Zamihan dan KDN

oleh Ab Jalil Backer
Sejak 2013 saya telah menulis menggesa KDN dan Jakim “menguruskan” semula pandangan Ustaz Zamihan.
Namun banyak pandangan beliau dibiarkan terus berleluasa walaupun jelas “mengelirukan” sebahagian orang dan menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Saya adalah antara yang menyokong hak pengusaha dobi untuk mewujudkan dobi “muslim only”. Ia adalah keputusan perniagaan dan kehendak sebahagian muslim. Ia tidak kena mengena dengan memandang hina bukan Islam.

Namun tindakan Zamihan masuk campur dan membuat ulasan melampau mengenai isu ini telah menyebabkan golongan liberalis muslim seperti Dr Maza dan Zaid Ibrahim mengambil kesempatan menghasut orang ramai.

Zamihan tidak sepatutnya ditahan dan disiasat atas dakwaan menghina raja.
Beliau sepatutnya ditahan dan dipulihkan kerana memberi gambaran yang salah mengenai isu kebersihan dalam Islam.
Ini sebenarnya lebih bahaya daripada kritikan beliau kepada Sultan.

Beliau telah menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat, menguntungkan kumpulan muslim liberal dan media seperti The Star.






2 Komen to Ustaz Zamihan dan KDN

  1. Ann says:

    Perkataan Muslim dan non Muslim memang sudah pun ada sejak dahulu lagi di dunia ini. Ia tidak sepatutnya dikaitkan dengan rasis atau cauvanis atau pun extrimis. Rasanya peniaga berkenaan tiada niat langsung untuk mendiskriminasi sesiapapun, cuma untuk tujuan menarik pelanggan yg disasarkan. Tapi ada pulak mereka yg suka menghasut dan mempolitikkan apa saja perkara. Maka yg menghasut inilah yg sepatutnya diambil tindakan. Penerangan ustaz Hamizan yg detail itu memberi kefahaman kepada rakyat juga.

  2. zack300 says:

    Terbaik ANN. Segi FATWA memang membenarkan tapi kalau segi sudut TAQWA adalah terlebih baik untuk urusan berkenaan kesucian dan kebersihan.

Leave a Reply

Threesome