Menu Utama

Tun Mahathir Buat Kerja Syaitan Rupanya

Oleh Ab Jalil Backer

Dalam tulisan terbaru berjudul “DAP“, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas mengakui beliau akan membuat apa sahaja untuk menjatuhkan musuh politiknya termasuk menuduh mereka penjahat dan syaitan.

“Sebenarnya sayalah orangnya yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. DAP adalah musuh parti saya dan saya sendiri. Demikian kesannya usaha saya dan rakan-rakan saya dalam mempersetankan DAP sehingga orang Melayu tidak boleh terima DAP dan sesiapa yang mendampingi DAP sama sekali,” tulis Mahathir.

Ini adalah bukti jelas Mahathir sanggup berbuat apa sahaja termasuk memfitnah dan menzalimi musuh politiknya untuk menang.

Menurut Mahathir lagi, beliau tidak akan bersama DAP jika parti tersebut benar-benar jahat seperti dakwaan beliau dulu.

Kenyataan ini membuktikan Tun Mahathir akan menuduh apa sahaja untuk memburukkan musuh politiknya.

Jika dulu beliau berbohong mengenai DAP yang menjadi musuhnya, maka hari ini beliau memfitnah dan berbohong mengenai Najib Razak kerana telah menjadi musuh politiknya.

Ini adalah pengakuan beliau sendiri bukan tuduhan dan fitnah liar dari sesiapa. Kita hanya menunggu bilakah Tun Mahathir akan mengakui bahawa Anwar Ibrahim dipecat bukan kerana liwat tetapi kerana mengancam kedudukannya.

Apakah tidak berdosa terus menyokong orang semacam ini?






Leave a Reply

Threesome