Menu Utama

TIADA MANFAATNYA ISLAM UNTUK DIRI DAN UMMAH BILA TAUBAT IKUT PAKLEBAI POLITIK.

oleh Kang Nasir

Rasanya adik kita Wan Asshima sudah bersedia minta bantuan para #PakLebai politik, para ilmuan dan ulama #BrandedIslam untuk sama-sama muhasabah diri dalam mencari titik persamaan “ISLAM JALAN PENYELESAIAN” dimana Allah telah sediakan garis panduannya dalam Al Quran & Sunnah.

Saya pemerhati dan apa yang saya perhatikan selama ini seolah-olah seperti jadi adat bila bertaubat masuk agama PAS. Jadi untuk menghentikan tabiat ini kita sama-sama bincangkan ADAKAH BENAR ISLAM BERMANFAAT UNTUK DIRI DAN UMMAH SETELAH MENYERTAI PARTI YG BERTOPENGKAN ISLAM?

Sedangkan apa yang saya perhatikan sekarang ini Pemimpin kita yang dicaci dihina konon kafir, munafik, jahil dan sebagainya lebih cenderung kepada islam yang memberi manfaat untuk kebaikan ummah sedangkan amalan dan kewajipan yang diperintahkan Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10 yang TIDAK DIJADIKAN AMALAN oleh ulama politik dan #PakWahab walhal mereka semua TAHFIZ maka itulah kita semua jauh dari rahmat Allah sehingga Lebai yang ada kereta Ferarri pun hidup menderita sampai mempergunakan nasib kami #WargaMiskin konon kami menderita sepertinya.

Dalam #TASAWUF jika kita mahu kehidupan kita berkat dengan limpahan rahmat Nya. Ikut saja apa yang diperintahkan dan jauhi larangan Nya. Mendamaikan pertelingkahan itu satu KEWAJIPAN kita semua.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
( Al-Hujuraat : ayat 10 )

Saya pemerhati. Apa yang saya simpulkan selama ini pun saya tidak menyalahkan sahabat-sahabat saudara dan saudari yang terlanjur menjadikan amalan keji memfitnah mencaci mencela konon ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN MENEGAKAN ISLAM maka itulah dari dulu saya menyeru mintalah ulama politik dan pak wahab mengajar ILMU TASAWUF kerana manfaatnya bukan saja untuk diri tapi untuk mereka juga untuk seluruh ummah.

Adakah anda fikir dengan mendabik dada mempergunakan agama dan hukum islam sehingga memfitnah menghina menghukum itu bukti kalian TAAT & BERIMAN dengan hukum Allah? Jadi persoalan saya selama ini yang tiada siapa mahu jelaskan walaupun saya minta anda bertanya kepada guru anda sendiri ADAKAH ULAMA POLITIK TAAT BERIMAN DENGAN HUKUM ALLAH? Jadi apa ertinya mendabik dada konon menegakkan islam dan menegakkan hukum tetapi diri sendiri tidak taat dan tidak beriman kepada hukum malah INGKAR KUFUR kepada ayat-ayat Allah.

Oleh itu tak payahlah bersusah payah masuk bakul lambung-lambung diri konon bila mampu pergunakan agama dan hukum itu bukti diri tu mulia berada pada darjat yang tertinggi walhal dalam Tasawuf amalan keji itu sifat Mazmumah yang merosakan hati sebagaimana peringatan Allah ini.

“Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.”
( An-Nisaa’ : ayat 49 )

Saya harap dengan mesej ini mampu #MerotanMinda anda dan para ulama yang berhati srigala. Jika anda rasa mesej ini menyesatkan kerana tidak memuaskan hati kalian. Buat lah laporan kepada polis, Jakim atau mana-mana yang anda mahu. Kerana kebenaran islam itu bukan ikut kehendak kamu dan kemahuan nafsu ulama politik dan pakwahab.

Balik kepada tajuk perbincangan. ADAKAH BENAR ISLAM BERMANFAAT UNTUK DIRI DAN UMMAH SETELAH MENYERTAI PARTI YG BERTOPENGKAN ISLAM?

Panggillah para ilmuan agama PAS jika tidak faham mesej ini. Dipersilakan.






Leave a Reply

Threesome