Menu Utama

Terpecah Antara Ras Dan Suku, Kuatkah Kita?

Melihat trend terbaru berpolitik, wujud kerisauan yang amat mendalam, di mana orang Melayu mungkin tidak lagi menjadi dominan dalam sistem amalan demokrasi di negara ini suatu ketika nanti.

Apa tidaknya, kini kecenderungan untuk menghina seseorang itu berdasarkan suku-suku dan ras-ras mengikut asal usulnya, semakin menjadi-jadi. Secara tidak langsung, sedikit demi sedikit wujud jurang antara satu suku dengan suku yang lain, yang jika tidak ditangani sebaik mungkin, menyebabkan setiap suku akan cuba berdiri sendiri dan meminggirkan suku-suku yang lain.

Di manakah kekuatan penyatuan umat Melayu pada ketika itu?

Menurut apa yang disampaikan oleh seorang rakan, di negara jiran, Melayu dibahagikan kepada suku-suku, dan jelas terpampang suku kaum mereka di kad pengenalan negara itu. Tiada lagi “Melayu”, sekaligus mencipta rasa berbeza dan jurang di kalangan mereka. Sedang jurang semakin menebal, lupakan sahaja semangat kebersamaan untuk bersatu.

Licik, ketika kita tahu sejarah negara berkenaan milik orang Melayu, kini tidak lagi setelah songkok mengaburi mata rakyat terdahulu. Berkuasa, lantas kuasa digunakan untuk memecahkan orang Melayu menjadi ras dan suku, dengan tujuan tertentu.

Pecah dan perintah, itu cara terbaik untuk mengungguli kuasa.

Kini, orang kita sendiri yang menggunakan perkataan-perkataan yang sangat melukakan hati saudara saudara dari rumpun Melayu. Apakah mereka tidak tahu, bahawa mereka sedang mencipta jurang, dan menggali kubur sendiri?

Bijaklah ketika mengungkap kata-kata, atau menulis di mana-mana. Baik Melayu champa, Jawa, Bugis, Banjar, Boyan, Rawa, Mandeleng dan sebagainya, kita adalah rumpun yang sama, dari Gugusan Kepulauan Melayu. Malah, perkahwinan juga tidak terkecuali dari menyumbang kepada identiti seseorang. Dari Perlis hingga ke Sabah, antara Melayu dan Bumiputera, jadi, apa masalahnya? Jangan cuba ikut resmi lidi.

Oleh yang demikian, kita harus memandang tinggi usaha-usaha pemimpin terdahulu, yang berjaya menggabungkan semua suku dan ras di bawah nama Melayu. Segalanya telah difikirkan sebaiknya, maka janganlah kita memulakan apa yang pernah menjadi kebimbangan mereka.






Leave a Reply

Threesome