Menu Utama

Tak Mengaku Tak Apa, Tapi Jangan Kata Takde Duit Banyak Tu

MAHATHIR kata hanya orang gila saja yang setuju dia ada duit RM 1 billion – mengulas dakwaan dia membayar seorang pemimpin Pakatan lain wang sebanyak itu untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan oleh Raja Petra Kamarudin.

Dalam erti kata lain, dia tak mengakulah tu.  Tak apalah kalau Mahathir tak mengaku, bukan benda aneh bila Mahathir tak mengaku perkara-perkara macam ini.  Orang lain pun payah, orang macam Mahathir pulak, lagilah payah.  Lagipun kalau takde untung dia, apa yang Mahathir pernah mengaku apa benda pun?

Penulis taknak ulas dakwaan membayar RM 1 billion itu sebab seperti dikatakan sebelum ini, tidak ada bukti lagi wang sebanyak itu telah dibayar.  Tapi janganlah tak mengaku ada duit sebanyak tu, gelilah.

Tak payah tengok jauh, tahun 2014 nun, Mahathir dilaporkan melabur dalam sebuah syarikat pembuat kapal terbang Czech, Evektor sebanyak USD 200 juta bersama seorang rakan kongsi yang lain.  USD 200 juta ini bernilai lebih kurang RM 800 juta sekarang.

Itu baru satu syarikat, baru Mahathir seorang, belum dikira kepentingan keluarganya dalam beratus-ratus buah syarikat seperti yang pernah terdedah sebelum ini.

Kita kalau nak melabur, biasanya duit berlebih.  Kalau ada USD 300 juta, kita tak melabur USD 200 juta, itu kerja orang bodoh.  Paling tidak ada USD 1 billion, baru masuk akal melabur USD 200 juta tak gitu?  Dan jangan lupa, kita masih mencari baki RM 25 billion wang rakyat yang lesap dalam skandal Forex antara 1989-1993 dulu dimana Mahathir dikaitkan sebagai antara pelesapnya!!

Penulis yakin, sebelum 2014 kalau ditanya sama ada Mahathir ada USD 200 juta ini atau tidak, dia pun tak akan mengaku.  Tapi tahu-tahu, tahun 2014 adalah pulak USD 200 juta ni untuk melabur dalam syarikat kapal terbang, mana datangnya pulak?

Justeru, kalau nak tunjuk marhaen sekalipun, agak-agaklah, jangan ingat rakyat Malaysia ni lekeh sangat.






Leave a Reply

Threesome