Menu Utama

SPRM tidak patut mabuk populariti

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lebih menumpukan kepada kerja-kerja perhubungan awam berbanding menyelesaikan kes rasuah sebenar. Ketika kita mengakui kesungguhan SPRM membanteras rasuah ia tidak harus mengelabui fakta utama iaitu KEADILAN.

Ketua Pengarah SPRM sibuk membaca Khutbah, berpuisi dan membuat pelbagai kenyataan media. Tangkapan demi tangkapan dipaparkan tetapi kita belum melihat satu pendakwaan yang tuntas dan pantas seperti sepatutnya.

Namun yang paling mengecewakan ialah SPRM kelihatan terkejar-kejar mahu membuktikan mereka kuat dan perkasa sehinggakan tidak segan silu memanggil media dalam membabitkan tangkapan reman bagi mengambil keterangan.

Membenarkan mereka yang ditahan reman dan bergari diambil gambar oleh media, dan disebarkan ke seluruh negara adalah satu tindakan anti-keadilan.

Mereka yang ditahan reman oleh SPRM diberikan baju khas, digari dan dipamerkan kepada umum seolah-olah telah bersalah.

Ada antara mereka ditahan hanya untuk mendapat keterangan dan melengkapkan siasatan. Ada antara mereka ditahan sebagai proses “ancaman” mendapatkan maklumat. Ada antara mereka ditahan kerana disyaki bersalah.

HAKIKATNYA, kesemua mereka ini ditahan reman kerana belum ada bukti mencukupi untuk pendakwaan. Namun cara mereka diperlakukan seolah-olah mereka telah bersalah.

Apakah kerana mereka orang politik maka tidak penting lagi sama ada ada kes atau tidak sebelum mereka diperlakukan sedemikian? Penjenayah fizikal kes bunuh dan rogol pun dilindungi muka mereka oleh Polis ketika tahanan reman, namun SPRM kelihatan cuba sedaya upaya memberi publisiti berlebihan kepada tahanan reman seolah-olah kejayaan besar.

Jika SPRM tidak tahu, dalam Undang-undang barat dan Undang-undang Islam, seseorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh Mahkamah.

Malah dalam undang-undang komanwel, untuk mendakwa sahaja Pendakwaraya perlu mempunyai “prima facie” bagi membolehkan Hakim memanggil tertuduh mempertahankan diri.

Justeru ketika Ketua Pengarah SPRM sibuk membaca Khutbah dan berpuisi tentang peringatan Allah korupsi, ingatlah kerja membanteras rasuah adalah ibadah kerana Allah bukan mengejar darjat dan kemasyhuran dunia.

Hari ini kita sesuka hati aibkan orang, esok-esok Allah buka keaiban kita.

Ini bukan soal mahu melindungi perasuah. Ia soal keadilan kepada mereka yang dituduh atau disyaki.






2 Komen to SPRM tidak patut mabuk populariti

  1. sman says:

    Lebih baik fikirkan keadilan utk rakyat ,dari mereka yg di syaki .Mereka yg di syaki tu ,bukan individu biasa entah dari mana,tapi mereka yg sudah disiasat latarbelakangnya,ada ‘kemungkinan besar’.SPRM bukan seperti isteri yg cemburu buta,asal ada perempuna jelita bersama suaminya dia akan cemburu dan mengesyaki sesuatu.SPRM bertindak atas aduan dan siasatan awal,dokumen pun sudah di semak,hanya keterangan lisan yg di perlukan bila yg disyaki di panggil ,apa lagi nak simpati berlebihan pada mereka yg disyaki.?.Ada apa-apa ke?.

  2. Skillman says:

    Ini bukan isu mabuk populariti. Tindakan SPRM yang kelihatan seperti mabuk populariti ini pun sebahagian daripada tugas-tugas PENCEGAHAN. Apabila semua yang direman walaupun masih tak bersalah seperti ditonjolkan sejak akhir-akhir ini itu juga adalah langkah PENCEGAHAN agar jangan dihampiri perbuatan rasuah. Lagipun kalau tak ditonjolkan…persepsi akan mengatakan SPRM tak buat kerja oleh masyarakat.
    Namun hakikat yang pasti bukan mudah untuk SPRM mensabitkan seseorang itu dengan tuduhan rasuah. Akan ada 1001 macam cara untuk melepaskan diri termasuklah dengan cara mendapatkan simpati rakyat kononnya ada konspirasi untuk menghalang perjuangan dan juga manipulasi undang-undang oleh peguam yang hebat dengan putar belitnya kerana lemahnya barisan pendakwaraya untuk menghadapinya.

Leave a Reply

Threesome