Menu Utama

Sepatutnya kita WAJIB DAHULUKAN AGAMA ISLAM bukan kepentingan Parti.

oleh Kang Nasir

Redha Allah atau redha manusia yang diutamakan? Jangan pandang remeh perihal arak. Sepatutnya. Jika kita memang benar-benar beriman kepada Allah. Kita WAJIB DAHULUKAN AGAMA ISLAM bukan kepentingan Parti.

Pesta arak mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam.

Pesta arak mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam

Bahaya arak adalah suatu perkara yang jelas namun ianya terserah kepada individu bukan Islam hendak meminumnya tetapi perbuatan minum secara terbuka di kalangan masyarakat seperti pesta arak Oktoberfest ini adalah perkara yang jelas ditegah oleh Syarak.
“Bukan itu sehaja, pesta arak ini akan mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati pada mata dunia”
Ahli Majlis Ulama ISMA, Dr Kamaruddin Awang Mat berkata demikian dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebelum ini.
UTUSAN Malaysia diberikan tempoh 48 jam oleh Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk meminta maaf kerana laporan berita muka depannya semalam yang bertajuk “Azmin benar pesta arak”.
Peguam Azmin, Latheefa Koya dalam notis kepada akhbar itu hari ini, berkata laporan itu mengandungi dakwaan yang “salah sama sekali, berniat jahat dan memfitnah” kepada menteri besar dan “bertujuan untuk merosakkan” reputasinya sebagai pemimpin.
http://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/16145/

Tapi hakikatnya sudah seminggu 48jam berlalu akhirnya.
MPK LULUS PESTA ARAK, LARANG PENGANJUR GUNA PERKATAAN “OKTOBERFEST”

Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil langkah berani dengan meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman di sebuah pusat beli-belah di daerah, namun menetapkan syarat melarang penganjur menggunakan perkataan “Oktoberfest” dalam acara tersebut.

MPK Lulus Pesta Arak, Larang Penganjur Guna Perkataan “Oktoberfest”

Sementara itu diakhbar Sinar baru-baru ini menyiarkan berita bertajuk Saran tidak besarkan isu Oktoberfest di Johor
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/saran-tidak-besarkan-isu-oktoberfest-di-johor-1.737516

Kerajaan Johor menyarankan agar isu penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman (Oktoberfest) khususnya di negeri ini, tidak diperbesarkan.

Jangan pandang remeh perihal arak. Sebab tu saya kalau boleh tak galakan saudara mara bekerja dipremis yang menjual arak.

Keeana dosa dari produk membuat arak bermula dari memetik memproses menghantar menjual semua dilaknat dan diharamkan sumbernya. Penjelasan ini ketika admin diingatkan dalam satu program belia anti dadah ketika belia tahun 1986 dulu. Arak dadah dan semua yang memabukkan adalah HARAM.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu , ia berkata,
ﻟَﻌَﻦَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ﻓِﻰ ﺍﻟْﺨَﻤْﺮِ ﻋَﺸَﺮَﺓً ﻋَﺎﺻِﺮَﻫَﺎ ﻭَﻣُﻌْﺘَﺼِﺮَﻫَﺎ ﻭَﺷَﺎﺭِﺑَﻬَﺎ ﻭَﺣَﺎﻣِﻠَﻬَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤَﺤْﻤُﻮﻟَﺔَ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﺎﻗِﻴَﻬَﺎ ﻭَﺑَﺎﺋِﻌَﻬَﺎ ﻭَﺁﻛِﻞَ ﺛَﻤَﻨِﻬَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤُﺸْﺘَﺮِﻯَ ﻟَﻬَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤُﺸْﺘَﺮَﺍﺓَ ﻟَﻪُ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat dalam khamar sepuluh hal: (1) yang memerasnya, (2) yang mengambil hasil perasannya, (3) yang meminumnya, (4) yang mendistribusikannya, (5) yang memesannya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang memakan hasil penjualannya, (9) yang membeli secara langsung, dan (10) yang membelikan untuk yang lainnya.”
(HR. Tirmidzi, no. 1295.)

JADI PERSOALAN YANG TIMBUL. REDHA ALLAH ATAU REDHA MANUSIA DAN TUNTUTAN ALLAH ATAU TUNTUTAN DUNIA YANG WAJIB DIDAHULUKAN? Tepuk dada tanya hati kemana arah tuju kita dikemudian hari. Tak perlu menuding jari sekadar mahu menghimpun dosa berantai dari fitnah. Allah pesan. Berkatalah pada perkara yang benar agar memberi manfaat untuk kebaikan bersama.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”
(Al-Ahzaab :ayat 70-71)






Leave a Reply

Threesome