Menu Utama

Semuanya Aman Sehingga Orang DAP Mula Campur Tangan

BANTAHAN Festival Beer  di negara kita pada mulanya, memang bersifat alami.  Ini negara bukan setakat penduduk majoriti Islam, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad pun dah lama mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.  Berbanding 2 kali penganjuran sebelum ini – kedua-duanya di Selangor, apa yang nak diadakan tahun ini adalah yang terbesar sekali dengan menyasarkan semua orang, bukan setakat bukan Islam saja.  Sebab itu ramai bantah.

Lagipun yang dibantah bukan minum beernya tapi Festivalnya, masuk akallah.  Nak minum sampai terlentang pun lantaklah, yang sampai nak berfestival tu kenapa pulak?

Tapi sebaik ahli-ahli parlimen DAP mula campur tangan, bantahan yang asalnya asli ini, bercampur aduk dengan kontroversi agama dan perkauman – entah apa kaitannya beer dengan kaum dan agama pun tak tau.  Hairannya tu orang DAP yang berkenaan bukan pun duduk dalam senarai penganjur Festival berkenaan tapi dia yang paling kecoh sekali.  Apa dibangga dengan Festival mabuk secara terbuka pun tak tahu.  Mabuk diam-diam tak boleh ke mesti nak Festival juga?


Keputusan sebuah sekolah di Putrajaya membawa masuk bendera UMNO sempena pengkisahan sejarah kemerdekaan negara, sebenarnya telah berlaku beberapa tahun sebelum ini.  Ia tidak pernah menjadi masalah kerana sememangnya UMNO memimpin Perikatan dalam usaha mendapatkan kemerdekaan di negara ini.

Takkan nak bawak masuk bendera DAP pulak?  Dahlah tak wujud lagi ketika kemerdekaan dicapai, DAP pun bukan sebahagian dari pihak yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara.  Dalam rombongan Tunku ke London berunding dengan British, siapa pemimpin DAP yang ada?   Bukan hina, tapi inilah faktanya.

Perkara ini pun sama, tidak ada masalah apa sehinggalah penyokong DAP masuk campur dengan komen-komen negatif berbaur perkauman di portal berita yang pro mereka.  Sebuah NGO di Pulau Pinang mencadangkan untuk membawa masuk bendera DAP di sekolah tahun depan – apa yang nak diraikan pun tak tahu tapi yang nyata tak sama keadaannya dengan apa yang berlaku di Putrajaya itu.

Cadangan itu telah pun mendapat bantahan dari Jabatan Pendidikan Negeri dan inilah yang penyokong DAP nak, untuk cetus kontroversi.  Padahal takde keperluannya pun sebab seperti yang dikatakan tujuan bendera UMNO dalam sekolah tu untuk pengkisahan sejarah kemerdekaan negara, bukan suka-suka.


Semua ini adalah bukti, benda yang tak kontroversi pun boleh jadi kontroversi kalau penyokong DAP campur tangan.  Ini pulaklah parti yang menjadi pujaan Mahathir sekarang.  Hampir tidak ada hari dimana Mahathir tidak menyucikan DAP tapi hampir tidak ada satu benda yang DAP sucikan Mahathir setakat ini.  Semua apa yang DAP tuduh Mahathir dulu, masih kekal sama.






Leave a Reply

Threesome