Menu Utama

RUMAH IBADAT DIJADIKAN “TEMPAT LARIKAN CUKAI”?

Peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) telah dipinda bagi melayakkan Tabung Pengurusan Rumah Ibadat (TPRI) mendapat kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967. Tujuan peruntukan ini bagi memudahkan rumah ibadat tersebut menjalankan aktiviti tempat ibadat, pengembangan agama dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.

Sebelum tahun 2012, tiada pengecualian cukai yang diberikan kepada semua rumah ibadat serta pendidikan termasuk institusi kebangsaan, jenis kebangsaan, institusi mubaligh dan sekolah agama
bantuan kerajaan. Ini merangkumi sekurang-kurangnya enam kategori di bawah rumah ibadat di Malaysia iaitu masjid, tokong Buddha, gereja, gudwara, kuil Hindu dan tokong Taois.

Secara asasnya, sebuah institusi keagamaan tersebut mestilah mempunyai sebuah bangunan yang diluluskan dan disahkan kewujudan dan operasinya oleh Majlis Agama Islam atau Pertubuhan Agama Induk (National Religious Body).

Namun begitu, jika dilihat kepada kelonggaran peraturan cukai ini turut membenarkan pengembangan agama kepada yang tidak memiliki rumah ibadat turut sama dipertimbangkan untuk kelulusan di bawah peruntukan yang sama akan memberikan ruang yang mudah untuk dimanipulasikan.

Umum mengetahui penderma yang menderma kepada institusi, organisasi atau tabung yang telah diluluskan di bawah subseksyen 44(6) ACP layak mendapat tolakan atas derma mereka dalam pengiraan pendapatan agregat.

Malangnya, mungkin terdapat syarikat atau pembayar cukai menggunakan saluran berbentuk “derma” ini bagi melarikan cukai yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka. Syarikat atau pembayar cukai tersebut akan mendapatkan semula “derma” yang telah disalurkan melalui projek-projek atau transaksi perniagaan yang di rancang daripada rumah ibadat tersebut.

Begitu juga ketirisan perbelanjaan operasi rumah ibadat yang membayar sejumlah wang yang terlampau tinggi kepada penceramah atau mubaligh. Lebih malang lagi penceramah tersebut menggunakan medium pentas ceramah ini sebagai satu medan komunikasi politik. Halangan ini walaupun sudah termaktub di dalam peruntukan tetapi perlaksanaan kawalan ini masih longgar.

Kesimpulannya, pindaan harus dilakukan dan dikaji semula ke atas pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 atau perhatian lebih serius terutama terdapat kes-kes rumah ibadat yang dijadikan tempat “larikan cukai” ini.






Satu Komen to RUMAH IBADAT DIJADIKAN “TEMPAT LARIKAN CUKAI”?

  1. Maha says:

    bukan itu saja pusat kebajikan pun tempat mereka lari cukai
    Ada itu mereka minta resit 1juta padahai derma 10ribu..
    Perkara ini dah lama mereka lari dari cukai lakukan kroni kroni itu

Leave a Reply