Menu Utama

Pesta Arak: Sejak Sekongkol DAP, Liberal Sungguh ‘Warga Emas’ Itu…

Meniti usia yang terlalu senja, penulis agak kecewa apabila melihat daya intelek warga emas itu semakin teruk merosot, merudum jatuh. Bukan saja dia seolah-olah diserang penyakit ‘alzhiemer’ dan sindrom ‘tak tahu’, daya dia berfikir terlalu daif sekali…

Dia menulis tentang arak dan Octoberfest. Kononnya orang bukan Islam tidak sepatutnya dilarang dari meminum arak selagi mereka tidak timbulkan masalah atau memandu dalam keadaan mabuk.

Lalu dikaitkan pula dengan penyalahgunaan dadah yang membunuh 23 pelajar tahfiz tempohari. Dia mendakwa umat Islam melihat perkara itu sebagai ‘perkara biasa’. Dia bertanya pula kenapa anak Melayu yang ramai terlibat dengan dadah dan bukan kaum lain.

Kononnya dia malu apabila membaca laporan berita perlakuan yang tidak baik oleh orang Islam terutama orang muda. Kata warga emas itu, umat Islam perlu tangani masalah ini terlebih dahulu sebelum melarang orang bukan Islam minum arak.

Dan tiba-tiba, dia kata pesta arak Octoberfest itu dirayakan orang Jerman. Oleh kerana Jerman menerima 1 juta pelarian Islam dari Syria, dia bagaikan tidak puas hati apabila pesta arak itu ‘diharamkan’ di Malaysia.

Pertamanya, warga emas itu perlu tahu bahawa undang-undang di negara ini tidak pernah melarang orang bukan Islam minum arak. Hendak minum sampai mati sekali pun, itu hak mereka.

Pernahkah warga emas itu lihat pihak berkuasa tangkap orang bukan Islam di kelab malam, hotel dan premis yang dibenarkan? Mereka hanya ditahan jika mencetus masalah saja, bukan? Pernahkah pihak berkuasa tangkap orang bukan Islam minum segelas arak sahaja?

Namun begitu, sudah tentulah kebenaran meminum arak itu mempunyai had dan batasan. Apatah lagi negara ini merupakan negara Islam yang majmuk berbilang agama dan kaum, maka perlulah diambil kisah tentang sensitiviti unik itu.

Yang dibantah adalah ‘pesta arak yang terbuka’. Fahamkah warga emas itu dengan istilah ungkapan itu? Itu saja. Tidak cukupkah mereka berpesta dalam kelab malam dan premis-premis tertutup? Kenapa perlu dibuat secara terbuka tentang suatu yang negatif di mata masyarakat? Sengaja membakar sensitiviti?

Keduanya, benarlah masalah dadah menghantui umat Islam di negara ini khususnya golongan muda. Tapi, bukankah kerajaan sudah mempunyai undang-undang berhubung kesalahan penyalahgunaan dadah. Bukankah hanya undang-undang, malah hukum Islam pun larang.

Berbeza dengan pesta arak yang dibuat secara terbuka, belum ada undang-undang khusus yang menetapkan ia sebagai satu kesalahan seperti penyalahgunaan dadah. Jadi, apabila ada yang cuba ‘bermain api’, maka sudah tentulah ada yang menentang. Itu normal.

Belum pernah lagi penulis dengan penagih dadah mahu anjurkan pesta dadah secara terbuka di khalayak ramai. Berbeza dengan Octoberfest yang ditentang, penganjurkan siap buat iklan promosi untuk berpesta arak secara terbuka. Nampak?

Lagipun, sepanjang 22 tahun jadi ‘diktator’ dulu, apakah warga emas itu berjaya mendidik umat Islam di negara ini untuk melihat dadah seperti melihat babi? Yang dia sibukkan hanyalah projek-projek kroni dan bagaimana hendak terus berkuasa, ber’kuku besi’?

Siapa kata umat Islam anggap pembunuhan anak-anak tahfiz itu sebagai satu ‘perkara biasa’? Tidakkah warga emas itu melihat bagaimana kemarahan umat Islam terhadap remaja yang ditangkap dan didakwa? Atau warga emas itu mahu umat Islam tembak saja remaja-remaja itu dengan ‘senapang gajah’?

Apabila terjebak dadah dan kemudian mereka membunuh pula, apakah rakyat boleh bertindak sesuka hati kepada mereka? Jika benar pun mereka membunuh, apakah umat Islam diberi kuasa undang-undang untuk membunuh balik? Biarlah mahkamah tentukan, bukan?

Tiba-tiba pula warga emas itu ‘tersangat prihatin’ kepada warga Jerman di negara ini. Oleh kerana Jerman menerima 1 juta pelarian Islam Syria, maka kita semua perlu benarkan warga Jerman sesuka hati mereka berpesta arak di Malaysia? Tahukah dia ungkapan ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’?

Lagi pun, berapa juta warga Jerman ada di Malaysia? Jika hanya 500 orang di Selangor, mereka boleh sewa dewan di hotel dan berpesta arak 4 hari 4 malam secara tertutup. Jika mabuk, terus campak ke bilik di hotel berkenaan. Susah sangatkah?

Namun apabila pihak berkuasa menjelaskan tentang wujudnya ancaman keselamatan termasuk kemungkinan serangan pengganas, apakah warga emas itu sanggup menjamin setiap nyawa yang terkorban jika pesta arak tersebut diserang?

Penulis agak kesal dengan pendirian warga emas itu berhubung isu ini. Sejak dia bersama DAP, nampak seolah-olah dia lebih liberal daripada DAP. Mungkinkah dia terpengaruh dengan fahaman anak perempuannya itu? Entahlah…






Leave a Reply

Threesome