Menu Utama

Pandai Main Game Bola, Lantik Jadi Presiden FAP – Logik Bodoh DAP

DAP nampak tidak serius langsung dalam memerintah sebuah kerajaan.  Tengok dalam hal bolasepak di Pulau Pinang ini cukup – macam mana DAP lantik orang jadi Pengurus pasukan dan kemudan Presiden Persatuan bola.  Bukan ada pengetahuan dan pengalaman sama sekali, cukup pandai main video game bola, dah dirasa layak untuk dilantik ke jawatan itu.  Ya, orang yang DAP letak sebagai Presiden FAP ini pernah mengaku kepada sebuah majalah bola Four Four Two bahawa pengalamannya dalam bolasepak hanyalah sekadar bermain video game permainan itu.

Mana tak ruyup!!

Sukan memang bukan segala-galanya tentang berkerajaan tapi seriuslah.  Takkanlah sebab pandai main video game kau angkat jadi Presiden persatuan bola?  Ini membodohkan peminat yang juga rakyat Pulau Pinang.  Bolasepak adalah sukan nombor satu di negara ini, Pulau Pinang tak terkecuali dan DAP meletak orang yang hanya setakat pandai main video game untuk menerajui persatuan bolasepak negeri tersebut.

Padahal, bolasepak di Pulau Pinang bukan hal kecik.  Negeri itu banyak melahirkan lagenda bolasepak negara seperti Namat dan Shaharudin Abdullah, Isa Bakar dan sebagainya.  Malah dalam era moden ini juga, pemain pasukan itu, Mohd Faiz Subri melakar sejarah menjadi pemenang pertama Anugerah PUSKAS Fifa, tapi cara mana DAP melayan semua kegemilangan ini?  Dengan meletak budak yang setakat pandai main video game untuk menerajui persatuan bolasepak negeri tersebut?

Ini baru satu hal, satu persatuan sukan dan satu negeri.  Bayangkan besok kalau DAP jadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, apa kriteria agaknya untuk melantik orang menjaga organisasi dan jabatan yang lebih besar kapasitinya dari persatuan bola?

Apakah nanti Mat Sabu akan menjadi Menteri Hal Ehwal Wanita sebab dia berpengalaman ditangkap khalwat atau Guan Eng sendiri jadi Menteri Perumahan sebab bijak macam mana nak dapatkan rumah dibawah harga pasaran, atau macam mana?

Tolonglah ooii.






Leave a Reply

Threesome