Menu Utama

MAB: Mahathir Cemburu Najib Berjaya Selesaikan Masalah Yg Dia Cetuskan

UMUM tahu ia adalah Mahathir yang menjahanamkan MAS.  Dari ada cash berbillion-billion, kepada bergantung bantuan kerajaan setiap tahun, pun berbillion-billion juga – bangunan sendiri pun terpaksa dijual.  Dulu elok-elok kerajaan urus, Mahathir bagi pada kroni sehingga rugi dan akhirnya kerajaan yang kena ambil alih semula.

Perdana Menteri selepas Mahathir, Paklah, buntu macam mana cara nak selamatkan MAS agar tidak terus menerus menghabiskan wang rakyat – sesuatu yang menjadi minat utama Mahathir selepas kuda.  Macam-macam dah dibuat tapi MAS tetap macam itu.  2 kemalangan udara membabitkan pesawat MAS pada 2014, sekadar memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk disebabkan Mahathir.

Hanya setelah Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dan Mahathir terkeluar dari circle kerajaan, barulah masalah MAS ini mampu diselesaikan.  Dari suntikan dana RM 6 billion melalui Khazanah, membawa masuk orang asing sebagai CEO, penubuhan MAB, penyewaan pesawat dan sebagainya, MAS dalam laluan yang betul untuk keluar dari masalah kewangan yang membelenggunya bertahun-tahun.

Memang ada harganya, seramai 6,000 kakitangan MAS terpaksa diberhentikan, penamatan banyak laluan antarabangsa dan sebagainya, tapi inilah pengorbanan yang terpaksa diambil untuk manfaat yang lebih besar dan syarikat penerbangan utama negara itu dijangka mula mencatat untung pada tahun depan.

Najib memang penyelamat, terbukti sekarang MAS dalam laluan yang betul untuk diselamatkan dan tidak lagi rakyat perlu menanggung kerugiannya.  Ini juga sebabnya kenapa tidak masuk akal Najib nak menjahanamkan 1MDB.  Dalam negara ini, yang ada rekod jahanamkan syarikat ialah Mahathir.  Perwaja, BMF, MAS sendiri, Telekom, cakap sajalah apa yang tak jahanam di tangan Mahathir.

Sudah tentu kejayaan Najib umpama berita buruk di telinga Mahathir. Hari-hari dia buat fitnah Najib begitu, Najib begini semata-mata nak menunjukkan Najib tak berupaya memimpin kerajaan, tapi sebaliknya pulak yang berlaku.

Tidak hairan apa pun yang Najib buat (bukan dalam isu MAS saja), salah di matanya.  Bawa masuk orang asing sebagai CEO salah, sekarang orang asing tu dah keluar dan rakyat tempatan kembali menjadi CEO, pun salah juga lagi.  Nasib baik Mahathir sudah tidak penting, maka itu segala pandangannya mengenai hal ini, ibarat anjing menyalakkan bukit.

Justeru, rakyat perlu tahu itu saja.  Mahathir bukan peduli pasal MAS pun sebab dialah punca syarikat itu jahanam.  Pada Mahathir, yang penting cari apa saja cara nak burukkan Najib supaya dengannya dia dapat menjadi Perdana Menteri semula sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan negara ini kepada keturunannya.  Tapi rakyat bukan bodoh macam dulu, Mahathir yang semakin bodoh dari hari ke hari, itu yang buat demonstrasi pun takde orang nak mari.






Leave a Reply

Threesome