Menu Utama

Mahathir Yg Kelepet, Najib Yg Kleptokrat? Akal Mana, Akal?

DALAM sejarah pentadbiran Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini, belum ada wang negara yang lesap lagi, ini semua orang tahu.  Hakikat ini bukan kita cakap saja, tapi disokong oleh fakta dari siasatan polis, SPRM, PAC, Bank Negara dan sebagainya.  Bahagian PAC tu menarik sebab orang DAP sendiri iaitu Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw mengesahkan Perdana Menteri tidak curi apa-apa wang pun.

Tapi dalam sejarah pentadbiran Mahathir, sekurang-kurangnya RM 32 billion kita dah tahu lesap kerana kerugian dalam perjudian Forex.  Mahathir tak boleh nafi terlibat kerana bila melibatkan kehilangan wang negara yang banyak seperti itu, mana Perdana Menteri pun tidak boleh kata dia tak terlibat, mesti terlibat.

Kalau tak terlibat melesapkan, terlibat mensenyapkan.  Ini wang rakyat yang kita cakapkan, bukan wang syarikat macam dalam kes 1MDB.

Semua ini menjadikan Mahathir sebagai kleptokrat sebenar kerana banyak yang tak kena dengan kehilangan RM 32 billion ni atau rakyat tidak akan hanya tahu secara rasmi mengenainya pada tahun 2017 – 24 tahun selepas ianya lesap.  Sebelum ini rakyat diberitahu hanya RM 5.7 billion sahaja yang lesap dalam skandal itu sedangkan hakikatnya ia jauh lebih besar dan Mahathir tidak mahu rakyat tahu mengenainya.

Anehnya, dengan semua ini pun, Najib pulak yang dituduh sebagai kleptokrat, sementara Mahathir (kleptokrat sebenar), nak diangkat sebagai penyelamat rakyat.  Ini macam mana cara fikir ni?

Najib dah hilangkan wang negara berapa banyak yang nak dituduh beliau sebagai kleptokrat ni?  Mahkamah atau proses siasatan mana yang mengesahkan puluh-puluh billion telah lesap dibawah pentadbiran Najib?  Ada ke takde, takde kenapa nak panggil beliau sebagai kleptokrat pula?

Begitupun, tak mengapalah tu sebab sebagai Perdana Menteri, pembangkang akan sentiasa mencarikan isu untuk mencemarkan nama beliau, kalau tak kleptokrat, benda lainlah.   Tapi dalam masa yang sama, Mahathir pulak yang nak diangkat sebagai penyelamat rakyat ni penyakit apa pulak? Sedangkan terbukti dibawah pentadbirannya RM 32 billion lesap macam itu saja!!

Nampak bodohkan, tapi itulah Pakatan!!

 






Leave a Reply

Threesome