Menu Utama

Lonjakan Besar Dan Tersusun Ekonomi Bumiputera

HALA Tuju Transformasi Bumiputera (BETR) berlandaskan matlamat untuk mengukuhkan penglibatan bumiputera dalam ekonomi negara. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Teraju untuk melaksanakan perkara ini.

BETR dilaksanakan melalui tiga prinsip utama iaitu:-

  1. Pembinaan keupayaan
  2. Meningkatkan nilai aset-aset milik Bumiputera seperti aset kewangan, hartanah dan ekuiti korporat melalui pengumpulan dan pengurusan dana yang lebih berkesan.
  3. Meningkatkan milikan korporat dan penglibatan Bumiputera mengikut sektor bagi menggalakkan penglibatan vendor dan pekerja Bumiputera dalam sektor berpotensi tinggi.

Teraju telah menggunakan pendekatan yang amat bijak dalam usaha mereka untuk mencipta kesan pelipatgandaan daripada peruntukan dana kerajaan.  Mereka bekerjasama dengan bank-bank swasta dalam urusan pinjaman kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Melalui kerjasama tersebut, Teraju telah menggandakan jumlah pinjaman yang diberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera melebihi peruntukan yang diberikan kerajaan.

Proses tersebut melibatkan pelbagai agensi yang memainkan peranan berbeza dalam ekosistem pembentukan dasar sehinggalah kepada pelaksanaan program.

a. Pengubal Dasar- peranan ini melibatkan penilaian isu yang dilakukan berasaskan fakta dan memberi nasihat kepada kerajaan.

b. Pembentukan dan pembangunan program- peranan ini melibatkan pengenalpastian dan pembangunan program khusus bagi mencapai objektif-objektif yang ditetapkan.

c. Pelaksanaan program- peranan ini dimainkan oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung bagi menilai , meluluskan dan memberikan dana, melaksanakan program pembangunan keupayaan dan pengoperasian inkubator.

d. Pusat sehenti – wakil dari pelbagai agensi dikumpulkan di satu lokasi bagi kemudahan kumpulan sasaran.

Dalam perkara ini TERAJU memainkan  peranan diperingkat penasihat polisi dan pembangunan program.

Bagi pelaksanaan program pula, TERAJU bekerjasama dengan rakan penyampai perkhidmatan bagi membolehkan TERAJU memperluas capaian dari segi geografi dan membuka peluang kepada pelbagai kumpulan berkepentingan.

Setakat ini RM 20 juta telah disalurkan kepada 14 NGO terpilih untuk pelaksanaan program pembangunan keusahawanan Bumiputera.

Melalui Dana Pembangunan Usahawan(DPUM), seramai 9,394 usahawan telah memanfaatkan pembiayaan sebanyak RM 75 juta yang diagihkan kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) , Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan  Perdagangan dan Pelaburan Sarawak.

Dibawah program DPUB pula RM 15 juta telah diperuntukkan melalui inisiatif strategik dan program-program tertentu. RM 1.59 bilion telah diluluskan untuk program Dana Mudahcara bagi 469 projek di seluruh negara.

Disamping itu juga TERAJU telah bekerjasama dengan SME Bank, RHB Islamic, Maybank Islamic, Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) dan MIDF dalam pelaksanaan program Dana Teras.

Kolaborasi turut dijalinkan bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Dengan langkah yang cukup tersusun, sistematik serta berterusan maka ekonomi Bumiputera mampu dilonjakkan ke tahap yang jauh lebih tinggi daripada sebelum ini.  Sememangnya ianya merupakan dasar yang cukup bijak dan merupakan kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).






Leave a Reply

Threesome