Menu Utama

Kisah Dua Beranak Di Sebuah Negeri Utara Semenanjung…

Seperti yang dijangka, seorang bapa yang sudah terlalu lanjut usia dari kepimpinan Pakatan Harapan berjaya juga akhirnya memastikan masa depan anaknya tidak terumbang ambing menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Dia mungkin menyedari anaknya tidak memiliki pengaruh politik yang kuat dan hanya bergantung pada saki baki pengaruh yang ada pada ‘bin Mahathir’, awal-awal lagi dia ‘membeli insurans nyawa politik’ untuk anak kesayangannya itu.

Tanpa ada rasa malu kepada rakyat, dia kononnya pura-pura terkejut mengumumkan nama anaknya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bagi sebuah negeri di utara semenanjung sana. Untuk ‘cover’ rasa malunya, awal-awal lagi dia kata ‘nanti orang kata saya umum nama anak sendiri’. Memang betul pun itu yang dia buat, bukan?

Itu tidak menghairankan penulis sebenarnya. Malah itulah yang menjadi amalan bagi pemimpin pembangkang. Cuba lihat bagaimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim memposisikan isteri dan anak-anaknya dalam PKR, serta cuba lihat bagaimana Lim Kit Siang menempatkan anaknya dalam DAP. Jelas, bukan?

Kononnya dia boleh menaikkan nama anaknya ketika di dalam kepimpinan utama UMNO dulu, namun memilih untuk tidak berbuat demikian? Kononnya dia ‘telus’ dan tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme ketika dia menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Jangan fikir kami semua ‘nyanyuk’ dan ‘mudah lupa’ tentang apa yang berlaku sebelum ini. Anaknya memang tiada pengaruh pun di dalam UMNO sebelum ini. Orang hanya beri muka padanya sahaja dengan melantik anak-anaknya sebagai Exco sayap parti.

Bagaimana hendak ada pengaruh jika terlalu jarang sekali turun padang? Berapa kali anaknya balik dan ambil tahu tentang cawangan sendiri? Apa jasa anaknya di cawangan dan bahagian UMNO yang dianggotai? Bagaimana rapatnya hubungan anaknya itu dengan rakyat di situ?

Atau anaknya lebih sibuk bersosial di ibu negara? Atau anak-anaknya lebih gemar bercuti ke luar negara berbanding balik ke kampung menjengok kesusahan ahli cawangan? Atau lebih senang hati beralamatkan Sri Perdana untuk urusan projek-projek mega?

Dia lantik anaknya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan di negeri Jelapang Padi? Jika gagal tawan Putrajaya dan berjaya tawan Kedah, maka sekurang-kurangnya anaknya boleh jadi Menteri Besar, setaraf dengan anak Kit Siang sebagai Ketua Menteri?

Pada hemat penulis, dia hanya pentingkan survival politik anaknya, bukan rakyat. Apakah dia tahu prestasi anaknya selaku Ahli Dewan Undangan (Adun) Ayer Hitam dan Menteri Besar selama hampir tiga tahun sebelum ini?

Cubalah ke kawasan yang dikuasai anaknya itu. Lihat sendiri keadaan jalan raya yang berlubang di sana sini. Sampai ada rakyat yang menyindir kata boleh bela ikan di dalamnya? Sampai ada yang kemalangan? Hingga ada yang mengadu pada media?

Itu bukan cerita baru. Ketika dia berkuasa menjadi Menteri Besar pun, dia lebih leka berswafoto mempopularkan diri bagai artis dari memberi perhatian kepada rakyat di kawasannya sendiri. Berapa ramai rakyat Jerlun dan Ayer Hitam yang merungut, ada dia peduli?

Dia fikir memadai dengan meletakkan wakilnya sahaja di kawasan, sedangkan dia ‘ghaib’ berulang alik naik jet peribadi dari negeri itu ke ibu negara? Dia fikir selama dia berulang-alik 3 tahun itu tidak dicatat rekod penerbangannya? Khabarnya sampai dapat hadiah ‘frequent flyers’?!

Masa mahu bertanding pada PRU ke-13 dulu, bapanya ketika berkempen untuk anaknya di Ayer Hitam pernah berkata kononnya sanggup ‘tibai’ anaknya itu jika gagal memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Jadi, kenapa tidak ‘tibai’ anaknya?

Jadi, penulis harap agar anak beranak itu jangan fikir dapat perbodohkan orang di negeri Jelapang Padi dengan retorik politik dangkal sebegitu. Hanya mereka yang lemah akal dan mudah diperbodohkan saja akan terpedaya dengan permainan politik sebegitu rupa.

Jangan fikir dengan kehadiran sekitar 2,000 orang di Dataran Stargate itu maka mudahlah anaknya kembali menjadi Menteri Besar. Orang sebanyak itu mampu menyebabkan Pakatan Harapan dapat menguasai negeri itu? Harap jangan buat lawak bodoh….






Satu Komen to Kisah Dua Beranak Di Sebuah Negeri Utara Semenanjung…

  1. Memang Baik says:

    Lawak bodoh hanya mampu menggeletek hati orang bodoh akal . Bagi yang normal akalnya tidak sudi gelak malah rasa terhina dek di bodohkan.

Leave a Reply

Threesome