Menu Utama

Islam Jalan Penyelesaian.

oleh Kang Nasir

Syukur Alhamdulillah. Sebagai umat islam yang taat beriman kepada Allah kita wajib dahulukan tuntutan Islam bukan utamakan kepentingan diri dan parti sebagaimana penganut branded Islam amalkan.

Salah satu dari 10 amalan mulia dan terpuji dalam sifat MAHMUDAH tentang ILMU TASAWUF yg SUDAH TIDAK LAGI DIJADIKAN SEBAGAI AMALAN umat Islam sekarang ialah MUHABAH atau kasih sesama saudara. Maka WAJIB bagi kita mendamaikan saudara yang bertelingkah.

Kerana sesama mukmin itu bersaudara.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat ayat 10)

Dalam #TASAWUF amalan mulia sifat Mahmudah iaitu kasih mengasihi sesama saudara itu amalan yang dituntut dalam islam. Hal ini Rasulullah saw sudah beri peringatan kerana dengan jalinan silaturahim menjalin ukhwah kasih sayang sesama saudara itu adalah antara ciri orang yang beriman.
Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya,
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Saya tak salahkan umat islam yang cenderung memfitnah mencaci mencela sesama saudara sehingga ada yang lebih redha bersaudara dengan kafir harbi kerana kerosakan masyarakat dan pemimpin adalah angkara kerakusan kerosakan ulama. Sepatutnya, Agama Adalah Nasihat,
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
” Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Usahkan menghasut memfitnah mencaci mencela pemimpin islam sedangkan memusuhi sesama kita itupun larangan. Dan itulah jalan penyelesaian dalam islam jika benar kita beriman.
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW,
“Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
(Riwayat at-Tirmizi)

Jika kita mahu hidup diberkati dengan limpahan rahmat Allah sama-sanalah kita menghindar diri dari bermusuhan bersengketa sesama saudara.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
(Hadis Riwayat : Al-bukhari)

Kesimpulannya. Kalian dan para ulama politik hidup menderita walau ada rumah mewah kereta mewah hidup susah itu bukan salah pemerintah. Tetapi sendiri bersusah payah menjauhi rahmat Allah.






Leave a Reply

Threesome