Menu Utama

Festival Arak: Selepas Ancaman Dibuktikan, Kenapa Pakatan Diam?

KETIKA polis memberikan amaran akan berlaku ancaman pengganas sekiranya Festival Beer yang disokong kuat Mahathir dan Pakatan diteruskan penganjurannya di Kuala Lumpur, penyokong dan pemimpin DAP terutamanya, memperlekehkan kenyataan polis itu.  Kononnya amaran itu hanya nak menakut-nakutkan, tak bertanggungjawab dan sebagainya.

Walaupun dalam diam Festival itu tetap diteruskan tapi di Pulau Pinang yang diperintah DAP pada 14hb yang lepas (hari sama demo anjuran Mahathir tak ramai orang datang, diadakan), lokasi yang jadi kontroversi di KL dan Selangor tu tak jadi diteruskan.

Kelmarin, polis mengumumkan kejayaan mematah cubaan pengganas yang menyasarkan Fetisval tersebut dengan tertangkapnya 3 suspek di Kelantan dan Perak.  Anehnya sehingga sekarang, selepas ancaman itu dibuktikan dan ada suspek yang telah ditangkap, Pakatan yang mula-mula sekali memperlekehkan amaran pihak polis berhubung ancaman tersebut, tidak langsung berbunyi mengenainya.

Puji ke, minta maaf ke apa ke, takde.  Masing-masing pakat buat bodoh saja, nak-nak dari DAP nun.

Ini membuktikan bahawa Pakatan tidak pernah peduli keselamatan rakyat, asal saja agenda mereka untuk ‘merasmikan’ peminuman beer di negara ini, terlaksana.  Sedar ancaman itu wujud, nak jugak diteruskan perkara-perkara yang boleh mengundang ancaman keselamatan terhadap rakyat – langsung takde tanggungjawab.

Kerajaan BN dan pasukan keselamatan seperti PDRM ini jugaklah yang ikhlas serta bersungguh-sungguh dalam memastikan keselamatan rakyat dan negara ini sentiasa terpelihara.  Nak harapkan Pakatan?  Takdelah.  Politik, politik saja 24 jam.



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome