Menu Utama

Era Mahathir Sarawak Sukar Dapat Dana, Tun Taib Berusaha Sendiri

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan ketika era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Sarawak sukar mendapat peruntukkan daripada kerajaan pusat. Nak buat jalan pesisir pun sukar memandangkan tidak pernah di beri peruntukkan.

Bermakna kabinet di bawah era Tun Pehin Seri Taib Mahmud telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat peruntukkan daripada pusat. Bukan setakat itu sahaja, Tun Taib mengambil inisiatif sendiri untuk membina jalan untuk menghubung seluruh kawasan.

Hari ini netizen cuba menyalahkan Tun Taib yang tidak bersuara pada era Mahathir sedangkan apa yang disuarakan oleh Sarawak ketika itu tidak pernah mendapat perhatian Mahathir. Malah Dato Sri Wan Junaidi menyatakan pernah di baling fail ketika hendak menyuarakan peruntukkan untuk Sarawak ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada era Mahathir.

Nak kata Ahli Parlimen yang mewakili Sarawak ketika itu tidak bekerja, hampir keseluruhan mempunyai pengalaman yang memeritkan ketika Mahathir memerintah. Namun Tun Taib tetap berusaha untuk memajukan Sarawak dengan acuan tersendiri.

Walaupun mengetahui sukar untuk mendapat dana dari Persekutuan, Tun Taib terpaksa merencana pembangunan Sarawak tanpa terlalu bergantung daripada pusat. Sedikit demi sedikit pembangunan rakyat dilaksanakan. Jalanraya mula menghubungi kawasan seluruh kawasan di Sarawak walaupun tidak sepenuhnya. Namun lebih 60 peratus muka bumi Sarawak telah dihubungi jalanraya.

Begitu juga tentang bekalan elektrik dan air. Semasa Tun Taib memerintah 70 peratus kawasan telah dibekalkan dengan bekalan elektrik dan 65 peratus sudah dibekalkan dengan air bersih.

Dari sebuah negeri yang serba kurang, Tun Taib berjaya menaiktaraf Kuching dan Miri sebagai Bandaraya, seterusnya dari hanya perkampungan Samarahan, Mukah dan Betong dinaiktaraf menjadi Bahagian.

Inilah sejarah yang dicipta Tun Taib sehingga beliau dinobatkan sebagai Arkitek Pembangunan Sarawak walaupun beliau sukar untuk mendapat dana pada era Mahathir. – Abdul Halim Jantan

sumber Sarawakiana.net






Leave a Reply

Threesome