Menu Utama

Dia Pun Bernafsu Besar Macam Bapanya Juga?

Agak menarik apabila mendapat khabar berita nun dari utara semenanjung mengenai seorang bekas Menteri Besar yang begitu tinggi nafsunya sehingga lupa pada kepentingan dan tahap kemampuan rakyatnya sendiri.

Mengambil kesempatan dari janji manifesto PRU ke-13 BN Kedah yang dijanjikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, dia begitu ghairah mahu membina sebuah litar lumba bertaraf dunia ‘ala-ala SIC’ di negeri pertanian itu.

Memang benar Najib berjanji Kerajaan Pusat akan membiayai kos pembinaan litar lumba yang diminta anak-anak muda di Kedah itu sekiranya BN berjaya menang di Kedah pada PRU yang lalu. Tidak dinafikan tentang fakta itu.

Namun begitu, jika mahu membina litar lumba di Kedah, biarlah ianya logik dek akal, sepadan dengan kemampuan dan tidak membebankan mana-mana pihak. Bak kata pepatah, ukurlah baju di badan sendiri, kan?

Sekiranya diberi pilihan, seorang kerani juga mahu memiliki sebuah mahligai indah tiga tingkat yang mengandungi 10 bilik, berkolam renang, berlamankan taman yang indah dan serba mewah sifatnya. Namun mampukah dia menyelanggara mahligai itu dengan pendapatan sebagai kerani yang bergaji RM1,500 sebulan?

Dan begitu juga Kedah, sebuah negeri yang berpendapatan tidak seberapa, mampukah Kerajaan Negeri itu membiayai kos selenggara sebuah litar bertaraf dunia seperti SIC? Sedangkan, kos penyelanggaraan itu lebih baik dimanfaatkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada rakyat di negeri tersebut, bukan?

Bekas Menteri Besar itu dikatakan cuba meminta sebanyak RM70 juta dari Kerajaan Persekutuan dan awal-awal lagi telah menandatangani MoU dengan SIC untuk projek pembinaan litar lumba itu?

Belum pun diluluskan, belum pun diterima peruntukan itu, tiba-tiba dia sudah tandatangai MoU dengan SIC? Adakah kerana ketika itu SIC dipengerusikan oleh abangnya sendiri? Tidakkah wujud unsur ‘conflict of interest’ dalam usahasama tersebut? Nak cari nahas dengan SPRM?

Kerana mahu membantu, difahamkan Kerajaan Pusat telah menawarkan sebanyak RM30 juta untuk membina litar lumba itu dan selebihnya perlulah bekas Menteri Besar itu cari sendiri. Maklumlah, kononnya dia seorang yang hebat dan pandai cari duit, bukan? Takkanlah sukar sangat untuk cari RM40 juta lagi untuk memenuhi nafsunya, bukan?

Penulis difahamkan, kerana itulah litar lumba yang mudah sangat untuk dibina, tiba-tiba saja terpaksa ditangguh hingga tiga tahun lamanya? Dia fikir dia siapa untuk paksa orang beri RM70 juta dan bebankan kerajaan negeri untuk jangka masa panjang?

Lagipun, apakah dia fikir anak-anak muda di Kedah mampu membayar kos yang mahal untuk menggunakan litar lumba bertaraf dunia seperti SIC itu?

Bekas Menteri Besar itu perlu faham bahawa mat-mat motor di Kedah tidaklah kaya raya seperti dia dan keluarganya. Mereka tidak mampu sambut harijadi di luar negara atau bercuti tengok ikan lumba-lumba di sana.

Apakah dia fikir anak-anak muda itu mampu bayar harga tiket yang bernilai ribuan ringgit setiap kali mahu menonton perlumbaan di litar itu seperti di SIC? Apatah lagi untuk membayar ‘fee’ menganjurkan perlumbaan, mampukah mereka?

Dia harus tahu, anak-anak muda marhainis ini mahukan sebuah litar yang mampu mereka bayar dan gunakan untuk aktiviti sukan bermotor. Jadi tidaklah mereka terpaksa menggunakan jalan raya untuk merempit lagi. Itu hasrat golongan ini.

Apakah dia tidak dapat menyelami apa yang dimahukan anak-anak muda Kedah itu? Susah sangatkah untuk penuhi permintaan mereka yang tidak seberapa? Atau dia lebih pentingkan kemahuan dan nafsunya yang serba mewah itu? Siapa yang mahu guna litar lumba itu? Dia dan kroni-kroni kayanya atau anak-anak muda Kedah?

Jika mahu buat projek pun, buatlah. Tapi pastikanlah ia untuk rakyat, bukan untuk kepentingan pihak tertentu atau kemasyhuran diri sendiri. Jangan ditiru sangat perangai bapanya yang bernafsu tinggi, rakyat juga yang menderita kena bayar tol, bukan?

Mujurlah Menteri Besar sekarang, Dato’ Seri Ahmad Bashah ambil alih dari tangannya. Jika tidak, sampai PRU ke-20 sekalipun mungkin litar lumba itu akan terus jadi ‘bahan’ serangan pembangkang yang tidak kesudahan mencari peluang menyerang, kan?

Khabarnya RM10 juta sudah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Kedah manakala lebihan RM20 juta pula akan dibayar mengikut perkembangan pembinaan projek peringkat demi peringkat. Akhirnya, biar pun bukan lulusan luar negara juga yang lebih realistik, praktikal dan memahami hasrat rakyat berbanding anak negarawan, bukan? Nampak?






2 Komen to Dia Pun Bernafsu Besar Macam Bapanya Juga?

  1. dkds says:

    Nasiblah dah tukar MB , kalau tidak jadi macam terowong Penang. Habis bayar pada consultant . Itu sebab rezab negeri Kedah merundum dibawah boboi, otaknya hanya fikirkan hal pretij dan gaya hidup mewah ! Tok Bashah juga yg terbaik, memahami kehendak rakyat bawahan.

    Itu sebab litar mampu guna dibina dengam bajet yang diberikan bukannya berangan-angan besar hingga habis balak ditebang demi memuaskan hati kroni.

  2. Baraq says:

    Kalau bukan kerana bapa nya perdana menteri, setakat standard otak dia, exucutive bank je, CEO sebuah syarikat pun dia tk layak…

Leave a Reply

Threesome