Menu Utama

Dia Fikir Orang Kedah Lupa Pada ‘Dosa’nya?

Seorang warga emas baru-baru ini kembali ke negeri kelahirannya dan berceramah di atas pentas politik. Seperti biasa, dia hanya akan bercakap tentang yang baik-baik saja mengenai dirinya dan memburuk-burukkan seteru politiknya.

Jika dulu ketika dia memenjara dan menyerang pemimpin parti pembangkang semasa mengkleptokrasikan dirinya sebagai ‘diktator’ paling lama berkuasa di negara kita, kini dia khianat pula kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak, individu yang berjasa menyebabkan dia menjadi Perdana Menteri.

Walaupun hanya berhujah dengan ‘bukti’ yang bersandarkan rekaan dan ‘hearsay’ sesedap mulutnya, dia yang begitu sinonim dengan gaya retorik sindiran, dia membayangkan Najib sebagai yang buruk-buruk belaka. Dan dia pula ‘mulia’nya bagai malaikat yang maksum?

Penulis malas untuk mengungkit tentang skandal-skandal dan ‘klepet-klepet’ yang berlaku ketika dia menjadi Perdana Menteri. Bukan rakyat Malaysia saja yang tahu, bahkan satu dunia tahu betapa kleptokratnya warga emas itu ketika berkuasa.

Malah hingga kini, dia tidak pernah menafikan segala dakwaan Barry Wain yang menulis tentang ‘klepet-klepet’nya ketika berkuasa dulu. Jika dirujuk pada dakwaan buku ‘Malaysian Maverick’ itu, tidak kurang dari RM50 bilion dikatakan ‘ghaib’. Orang Malaysia tahu berapa jumlah RM1 bilion ketika zaman 80’an dan 90’an berbanding sekarang?

Ekoran dia balik ke Kedah, penulis merasakan rakyat di negeri itu lebih baik untuk bertanyakan soal tragedi Memali kepada bekas ‘Maha-Zalim’ itu. Tun Musa Hitam sebelum ini berkali-kali menjelaskan di mana bekas ‘Maha-Firaun’ itu berada ketika tragedi itu berlaku, bukan?

Namun warga emas itu dikatakan selalu berdolak-dalik enggan memberikan jawapan yang jelas mengenainya. Penulis tidak pasti sama ada dia ingat atau tidak tentang apa yang berlaku ketika itu. Maklumlah, dia sejak kebelakangan ini dikatakan selalu ‘sengaja buat-buat lupa’…

Benarkah apa yang berlaku di Memali dulu itu mengikut SOP? ‘Standard of Procedure’ pihak polis untuk menembak sehingga mati individu yang menyerang dengan parang? Penulis tidak pasti apakah perlu semua orang Kedah yang dikepung ketika itu perlu ditembak sampai mati?

Penulis yakin, orang Kedah tidak akan lupa pada tragedi Memali. Dan ada yang mendakwa sejak insiden itu berlaku, warga emas itu dikatakan semakin jarang pulang ke Kedah. Benarkah sebagaimana yang didakwa orang-orang Kedah?

Ini bukan soal wang ringgit. Wang ringgit jika ‘lesap’ seperti skandal Forex BNM, masih boleh dicari ganti. Namun bagaimana dengan nyawa orang kampung di Kedah yang hidup daif sebagai petani. Apakah nyawa orang Kedah begitu murah?

Anak mangsa Memali sebelum ini pernah menyuarakan rasa kesalnya terhadap warga emas itu yang hingga kini masih belum lagi meminta maaf atas apa yang berlaku ketika dia menjadi ‘diktator’ dulu? Susah sangatkah dia mahu minta maaf kepada orang kampung?

Namun itulah sikap sebenar warga emas itu, tetap kekal sebagai seorang ‘diktator’ dari dulu, kini dan selamanya. Selagi dia bernyawa, cuba digambarkan dia saja yang baik-baik, manakala orang lain yang tidak memihaknya semua buruk-buruk belaka.

Entah bila dia akan insaf dan bertaubat. Bukan sekali dua dia disarankan kembali ke pangkal jalan. Tidak perlu kembali kepada UMNO, tapi kembalilah ke jalan Islam yang sebenar. Bila nasihat itu diberikan, dia herdik pula kita? Apalah nak jadi pada warga emas ini? Hmmm.. alahai!



« (Previous News)



Leave a Reply