Menu Utama

Demo Tak Ramai, Ahli & Pemimpin Keluar Beramai-Ramai, PPBM Elok Tutup Kedai

Kredit Gambar – Utusan Online

SEMALAM, 2 lagi Ketua Penaja PPBM Perak, masing-masing di Kuala Kangsar dan Parit, meletakkan jawatan/.keluar meninggalkan  parti itu bersama beratus-ratus penyokong mereka.  Sebelum ini tindakan keluar parti diambil beberapa Ketua Penaja bahagian PPBM yang lain di negeri tersebut bersama-sama beribu penyokong masing-masing.  Bekas Naib Presiden yang juga berasal dari Perak, turut meninggalkan parti yang baru sambut ulang tahun pertama.

Tentang 2 Ketua Penaja yang keluar semalam, campur tangan, tiada hala tujuan dan sebagainya, menjadi punca perletakan jawatan.  Sikap berlumba-lumba untuk mendapatkan jawatan dan persaingan (tidak sihat?) sesama sendiri turut menjadi faktor penyumbang.

Cakap pasal Perak saja ni, belum tempat-tempat yang lain lagi.

Ditambah dengan pertelingkahan dalaman, budaya fitrnah yang berleluasa seperti dakwaan membayar sebagai ganti meninggalkan parti, demo selain yang dibuat pun tak berapa nak ada orang datang dan sebagainya, jelas parti ciptaan Mahathir ini sudah tidak berapa nak ada penyokong, tutup kedai sajalah.  PPBM dah nampak macam kepala ikan, nampak sedap dimakan, tak sedar belakang yang melengkapkan ciri-ciri ikan tu dah tak ada.

Nak sangat UMNO dikalahkan, tak sedar parti sendiri pun dah tak berapa nak ada orang.  Parti politik kalau dah takde orang, bukanlah parti politik namanya, elok tutup kedai sajalah.

Bukan soal takut tapi melihat kepada agenda yang lebih besar – kurang sikit perpecahan di kalangan orang Melayu dan boleh menumpu seluruh perhatian kepada musuh yang sebenar, DAP.  Lagipun, selain mulut Mahathir, parti bercapkan bunga raya ni tidak banyak sumbangan, hanya diperalatkan untuk Pakatan mengutip derma seperti yang dilihat di padang Timur Sabtu lepas.  Itu saja ke peranan, kutip duit dari rakyat untuk bayar kos penganjuran demo?

Mahathir pun, dia dianggap ‘besar’ dalam Pakatan sekarang sebab latar belakang sebagai bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri kerajaan BN – bukan pembangkang pun.  Tanpa itu, tiada siapa dalam dunia ini yang akan pedulikan Mahathir.  Kena ingatlah tu.






Satu Komen to Demo Tak Ramai, Ahli & Pemimpin Keluar Beramai-Ramai, PPBM Elok Tutup Kedai

  1. Memang Baik says:

    Tentu semua rakyat bolih nampak dan faham akan maksud dan tujuan penubuhan parti bunga itu oleh M. Apa agenda yang mahu dibawak. Sama saperti penubuhan PKR iaitu untuk menuntut pembebasan Anwar yang terlalu suka bahagian belakang. M buka parti mahu menghalalkan cara. mahu meluluskan undang2 yang kerajaan enggan lulus.

    Berjuanglah dia kunun siang malam seolah2 tak ada hari esok. Buat bermacam cara , belanja bukan sikit duit. Main kotor, reka fitnah siang dan malam untuk dijaja dalam ceramah yang dibuat hampir setiap hari.

    Untuk apa itu semua. Apa yang mahu sangat diselamatkan. Tak selamat sangat ke kerajaan yang ada sekarang sehingga tidak sabar tunggu PRU.

    Duitnya terlalu banyak berada diluar yang perlu dibawak masok untuk masoooook. Belum ada dalam dunia ini satu negara yang politiknya hidup setiap saat. maksudnya berkempen setiap masa tak kira musim. Kalau diPakistan atau India , jenis specis serupa ini sudah lama kena tembak kalau tidak dibom.

Leave a Reply

Threesome