Menu Utama

(Update) Demo Kelepetokrasi Gagal, Tak Sampai 3 Ribu Datang (Gambar Malam)

 

MAHATHIR sama ada patut berundur atau pecat semua ahli majlis tertinggi parti Bersatu atas kegagalan perhimpunan yang pertama kali diadakannya sendiri hari ini.

Tak sampai 3 ribu orang pun datang dan inilah kali pertama penulis lihat demo yang penuh dengan nyanyian dari ucapan politik berapi-rapi.  3 ribu tu pun markah kesian, kalau ikutkan, jauh lebih kurang.

Kehadiran waktu siang ni penting sebab waktu malam banyak benda menarik, antaranya perlawanan Liverpool dan Manchester United. Tak siapa akan datang ke demo ini selepas itu.  Siang pun dah takde orang, malam apatah lagi.

Betullah seperti yang disebutkan sebelum ini bahawa ini bukan demonstrasi, sebaliknya lebih kepada karnival atau fun fair macam itu saja.  Gebang bukan main hebat berpuluh-puluh ribu nak datang, tapi habuk pun tarak.

Agaknya demi nak hangatkan keadaan, Mahathir yang dijadualkan datang malam, tapi dia datang petang, pun takde jugak orang.  Tidak lagi ada kelibat orang berpusu-pusu bersalam dengan dia, tak macam Bersih dulu.  Entah apa dalam hatinya berkata, Tuhan saja yang tahu.

Mungkin hatinya berkata, “aku sudah tua dan aura sudah hilang”.  Betullah tu.

p/s: Pada saat artikel ini selesai ditulis, barulah ada dengar ceramah politik, kalau tidak, asyik dengar lagu saja.






2 Komen to (Update) Demo Kelepetokrasi Gagal, Tak Sampai 3 Ribu Datang (Gambar Malam)

  1. Memang Baik says:

    Kita digalak ingat mati. Ingat kubur, ingat alam barzah. Walau pun kita tidak digalak menghitung syurga atau neraka yang mana satu jadi hak kita nanti, tapi kita disuruh ingat kubur. Kerana dikambus dalam kubur itu satu hal yang pasti. Suka tak suka , kita hanya diberi kain sekeping warna putih selepas kita dimandi dan disolatkan. Waktu mandi, tukang mandi bekerja keras membersihkan kita memastikan isi perut yang bernajis semua keluar. Tak kira kita tinggalkan 100RM dalam bank, Rm10 saja dalam bank atau RM100B sekali pun dalam bank.

    Biasanya umur, 20 hingga 40 tak suka sangat menghitung hari kekubur. Umur itu tengah rancak dengan aktibiti dunia. Cari duit untuk hidup. Masok 50 pun masih lagi belum nak ingat sangat pasal kubur, cuma untuk kebanyakan orang umur 50 ibadahnya sudah mula jadi bagus. Sudah lebih dan lebih mantap dari sebelumnya. Wajib terjaga, rawatibnya lengkap. Sunat2 yang lain juga jadi baik walau sebelum ini mungkin kurang.

    Macam mana pulak kalau umur lebih 70 tahun, 90 tahun waktu orang lain berjemaah zohor, asar, magrib dimasjid dia tengah asyik mengutuk otang. Orang lain berjemaah isyak dikuti dengan witir lagi dia masih atas pentas mengutuk orang.

    Kubur, kain kapan langsong tak ingat ke. Wallahu alam….. Memang kubur kita asing2.. Tapi kita disuruh berdakwah semampu kita. Maka ini dakwah penulis untuk umum.

  2. Memang Baik says:

    Contoh ayah mithali. Sorang nak selamat anaknya dari masok jail. Sorang lagi nak pastikan anak dia jadi PM untuk sambong legasi keluarga. Dari situ baru duit 100B dapat bawak masok. Najon penghalang perlu diusir. Ha ha

    Ayah mithali contoh.

Leave a Reply

Threesome