Menu Utama

Dakwa Negara Muflis, Tetapi Pemimpin DAP Kaya Raya Juga

Propaganda pembangkang, “negara muflis” adalah antara yang cukup popular dimainkan secara berulang-ulang sejak zaman wujudnya DAP. Asal buka mulut, negara akan muflis, asal buka mulut, negara akan muflis. Begitulah tradisinya, sehinggalah pemimpin mereka kini boleh digelar sebagai antik politik tanahair.

Anehnya, dalam usaha menuduh negara muflis, pemimpin DAP didapati menikmati status “negara muflis” dengan nilai yang cukup besar. Sebagai contoh, antara pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin, telah menjual syarikat kelapa sawitnya kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) dengan nilai RM1.2 billion. Bukan sedikit nilai tersebut, dan langsung tidak setimpal dengan tuduhan yang sering golongan ini tuduh kepada ekono mi negara.

Di Perak, ada juga pemimpin DAP yang mampu memiliki kediaman dengan harga jutaan ringgit, dan rumahnya dalam istilah satira politik dipanggil “The White House”. Mungkin hasil wang tabungannya sejak kecil, atau mungkin dek kerana kariernya sebagai professional sebelum ini. Cuma, andai dibahagikan harga jutaan ringgit tersebut dengan ansuran bulanan, tertanya-tanya juga kita berapa jumlahnya. Katakanlah ansuran sekitar RM3ribu sebulan, ingin pula kita ketahui berapa deposit yang telah dibayarnya bagi membolehkan bayaran serendah tersebut untuk tempoh 20 tahun.

Hebat, kerana kita teringin untuk tahu bagaimana gaji dan elaun wakil rakyat mampu membayar sebuah rumah yang penulis percaya bernilai lebih dari sejuta ringgit.

Harga jutaan ini mungkin tidak boleh disamakan dengan banglo milik Lim Guan Eng yang didakwa murah, kerana tiada kolam renang. Kalau negara tidak muflis, pasti akan ada kolam renang. Begitu barangkali analogi mudah untuk menggambarkan betapa murahnya banglo tersebut.

Artikel ini bukan berkenaan dengan harga atau kemampuan memiliki kediaman mewah. Akan tetapi, fokus artikel ini adalah untuk menceritakan bagaimana DAP yang bertahun-tahun mendakwa negara muflis, tetapi pemimpin mereka semakin mewah akibat dari pertumbuhan ekonomi negara.

Kini, istilah tersebut sudah menjadi lafaz dan “zikir” kepada pembangkang, tanpa mengira dari mana mereka datang, baik PAS, PKR, PPBM apatah lagi DAP. Tanyalah Dr. Mahathir, apakah negara akan bangkrap, kerana beliau merupakan individu paling layak untuk menjawab soalan tersebut kerana tidak pernah mendapat apa-apa laba dari era pemerintahannya. Sebaliknya, beliau mendakwa telah digunakan oleh orang Melayu selama 22 tahun. Anak-anak beliau semua sekadar menjadi orang biasa, yang memandu proton sahaja.






Leave a Reply

Threesome