Menu Utama

CUKAI SYARIKAT: PERNIAGA YANG ELAK BAYAR CUKAI DIKENALPASTI

Kadar cukai ke atas syarikat pada tahun taksiran 2017 yang ditetapkan adalah di antara 18% dan 24% bergantung kepada modal berbayar syarikat tersebut. Kadar ini sebenarnya sudah dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu antara 19% hingga 27%.

Kerajaan amat memahami tentang keadaan ekonomi negara, dengan pengurangan kadar percukaian ke atas syarikat ini dapat membantu syarikat menjalankan perniagaan dengan lebih berdaya maju terutama dalam mengatasi cabaran ekonomi semasa.

Namun begitu sebaliknya yang terjadi, banyak syarikat yang menjalankan perniagaan sengaja mengelak untuk membayar cukai atau melaporkan keuntungan yang lebih rendah bagi mengelak pembayaran cukai yang lebih tinggi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tidak kurang juga, ada syarikat yang menuntut kembali cukai yang telah dibayar dengan memberikan dokumen-dokumen perbelanjaan palsu ataupun gagal menghantar dokumen yang diperlukan kepada LHDNM apabila di audit.

Kenyataan ini tidak mengejutkan, kerana menurut LHDNM yang telah mendedahkan lebih 20% daripada 70 syarikat gergasi yang telah diaudit turut dikesan mengelak cukai atau dalam terma percukaian disebut melakukan perancangan cukai agresif (ATP).

Ini terbukti berdasarkan kepakaran audit LHDNM telah berjaya menangani satu kes kegagalan membayar cukai berjumlah RM42 juta seperti terma cukai yang sepatutnya terhadap syarikat yang menjalankan perniagaan perhotelan dan golf tersebut.

Pada Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober 2017 nanti diharapkan akan wujud satu mekanisma percukaian yang lebih menyeluruh terhadap syarikat perniagaan melalui atas talian dan pengenalan cukai digital terhadap syarikat yang mengendalikan platform sebagai satu cara membenteras ketirisan cukai terhadap sektor perniagaan secara atas talian ini.

Kesungguhan LHDNM yang sentiasa menambahbaik tahap kecekapan pengauditan cukai dan memperkenalkan initisiatif cukai yang berpatutan kepada syarikat serta syarat percukaian baru terhadap perniagaan atas talian nanti pada Bajet 2018 memberikan impak kepada sumbangan perndapatan negara.






Leave a Reply

Threesome