Menu Utama

Cadangan perkhidmatan Dobi diwujudkan diMasjid dan Surau

oleh Kang Nasir

Saya tertarik dengan cadangan Sahabat Mahkamah Syariah mencadangkan perkhidmatan Dobi diwujudkan diMasjid dan Surau. Kongsiannya dipautan ini.

Saya amat mengalu-alukan. Tetapi seperkara kita perlu ambil tahu prihal larangan jual beli dimasjid. Jadi saya syorkan pihak pengurusan masjid dan surau sendiri yang perlu mengadakan perkhidmatan dobi ini sebagai sumber pendapatan untuk tabungan.

Jika saya ada duit yg mencukupi. Saya sendiri akan adakan perkhidmatan dobi disurau atau masjid kariah saya dan lain-lain. Hasilnya dan urusan semua saya serahkan pada pihak masjid dan surau tanpa minta satu sen pun hasil keuntungan dari perkhidmatan itu

Jual beli dilarang bersandarkan Hadis berikut.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺇِﺫَﺍ ﺭَﺃَﻳْﺘُﻢْ ﻣَﻦْ ﻳَﺒِﻴْﻊُ ﺃَﻭْ ﻳَﺒْﺘَﺎﻉُ ﻓِﻲْ ﺍﻟْﻤَﺴْﺠِﺪِ ﻓَﻘُﻮﻟُﻮﺍ : ﻻَ ﺃَﺭْﺑَﺢَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺗِﺠَﺎﺭَﺗَﻚَ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﺃَﻳْﺘُﻢ ﻣَﻦْ ﻳُﻨْﺸِﺪُ ﻓِﻴْﻪِ ﺿَﺎﻟَﺔً ﻓَﻘُﻮﻟُﻮﺍ : ﻻَ ﺭَﺩَّ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻚَ
“Bila engkau mendapatkan orang yang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada perniagaanmu.’ Dan bila engkau menyaksikan orang yang mengumumkan kehilangan barang di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak mengembalikan barangmu yang hilang. ”
(HR. Tirmidzi no. 1321)

Namun begitu kita serahkan kepada para ilmuan ASWAJA samada wajar atau tidak diadakan. Selebihnya kita abaikan jika kita ragu-ragu.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ﺩَﻉْ ﻣَﺎ ﻳَﺮِﻳﺒُﻚَ ﺇِﻟَﻰ ﻣَﺎ ﻟَﺎ ﻳَﺮِﻳﺒُﻚَ ﻓَﺈِﻥَّ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕَ ﻃُﻤَﺄْﻧِﻴﻨَﺔٌ ﻭَﺇِﻥَّ ﺍﻟْﻜَﺬِﺏَ ﺭِﻳﺒَﺔٌ

“Tinggalkan apa yang meragukanmu menuju apa yang tidak meragukanmu, karena kejujuran itu ketenangan, dan sesungguhnya kedustaan itu keraguan.”
(HR Tirmidzi, no. 2.518)






Satu Komen to Cadangan perkhidmatan Dobi diwujudkan diMasjid dan Surau

  1. Ann says:

    Cadangan yg baik.

Leave a Reply

Threesome