Menu Utama

Budak Manja Memang Perlukan Perhatian

Bila sedar dirinya menjadi sasaran oleh parti sendiri yang sedang berantakan, sudah tentu sahaja dia cuba menutup kegagalannya selaku Ketua Armada PPBM. Almaklum sahajalah, barisan ahli Armada sendiri seperti tidak senada dengannya, dengan suatu ketika mempersoalkan kekayaan milik anak-anak Tun Mahathir. Itu belum diambil kira perang dinginnya dengan Osman bersaudara.

Tipikal pembangkang, apa sahaja yang berlaku, UMNO juga yang jadi mangsa. Begitulah modus operandi mereka, apabila Syed Saddiq memilih untuk mengalihkan isu dengan mendakwa kononnya dia ditawarkan RM5juta untuk meninggalkan PPBM di satu sidang akhbar yang didakwanya dianjurkan oleh pihak yang membuat tawaran.

Punyalah “low class” perang saraf, bagaimana perlu dia datang ke sidang akhbar yang dirancang oleh orang lain. Kalau bukan dia yang rancang, tak perlu datang lah! Beritahu sahaja saya tidak tahu menahu tentang sidang akhbar tersebut, Kan senang!

Tetapi dia datang juga, kerana itulah sebahagian dari skrip untuk mengalihkan isu, di samping menagih simpati ramai atas pengorbanannya. Kalau hendak cerita pengorbanan, orang lain pun banyak berkorban juga, tetapi tidak perlulah hadir ke sidang akhbar untuk cerita bagaimana harus berkorban. Itu bukan berkorban, itu gila publisiti.

Ahli politik, tetap ahli politik, dan kita faham mereka perlukan publisiti. Tetapi, cara Syed Saddiq ini sekadar mendedahkan ketololannya berpolitik. Cukup-cukuplah dengan kenyataan di twitternya sebelum ini yang menggambarkan parlimen akan dibubar hanya berdasarkan sidang akhbar yang dilakukan oleh Presiden UMNO di Ibu Pejabat UMNO.

Hendak berdebat pun, lencun kena “mandi” oleh Shahril Hamdan di Malaysian’s Student Leadership Summit baru-baru ini.

Budak manja, begitulah. Sikit-sikit merengek, sikit-sikit merengek. Tidak hairanlah susuk tubuhnya tidak kelihatan sewaktu Armada beriya-iya untuk hadir “open house” Raya di PWTC dan disambut hebat dan mesra oleh Pemuda UMNO.

Tak perlu menangis bagai, pergi “clubbing” lah…






Leave a Reply

Threesome