Menu Utama

Bila ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’

KALI ini Tumpang lalu akan sentuh pasal ekonomi – ber­kisar komitmen bawa masuk pelaburan asing ke negara ini.

Ya lah, kena ikut isu semasa, tambah lagi Jumaat 27 Oktober ini pembentangan Bajet 2018 di Parlimen.

Ini kisah sikap mendabik dada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa kononnya ekonomi negara ini akan kian parah sekiranya Sela­ngor tidak berjaya mencatat pe­rolehan 23.6 peratus dalam Keluar­an Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Wah! bukan main lagi lagak menteri besar ini sehingga ‘mengingatkan’ seterunya, Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar bahawa ‘setiap ringgit di Malaysia dalam poket Noh, 25 sen datang dari Selangor.”

Sebenarnya siapa yang bawa pelaburan asing masuk ke negara ini, yang kemudian tentu sekali sebahagian besar fokus pelaburan itu bertumpu di Selangor, tonggak ekonomi negara ini sejak sekian lama sebelum 2008 lagi?

Berbanding kepemimpinan ne­gara daripada Perdana Menteri sehinggalah ke menteri-menteri Kabinetnya yang agresif menarik pelaburan asing dalam tiga tahun kebelakangan ini, Mohamed Azmin buat apa? Ya, dia juga mengadakan lawatan pelaburan ke luar negara, antaranya pernah Jepun menjadi pilihannya. Pemergian itu begitu diuar-uarkan, jumpa orang sana jumpa orang sini, orang penting-pentinglah ini.

Tapi tidak adakah yang bertanya, apa hasil yang Mohamed Azmin bawa balik untuk rakyat negeri Selangor selepas lawatan tersebut? Berapa bilion, berapa ratus juta atau apa jua nilai pelaburan yang berjaya dijamin untuk disumbang balik kepada rakyat Selangor? Boleh Mohamed Azmin senaraikan?

Kalau ayat yang biasa dide­ngar daripada Mohamed Azmin ini an­taranya semasa menghadiri jamuan bersama orang ramai pada September lalu di Subang:

“Pagi tadi sebelum saya datang ke Kampung Melayu Subang, pe­labur-pelabur dari Amerika Sya­rikat me­nyatakan kepada saya mereka akan meletakkan pelaburan yang besar yang akan kita umumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang di Subang dan juga di Klang.

“Ini bezanya Selangor dengan kerajaan yang lain, Selangor… pelabur datang ke Selangor tetapi ada sebuah kerajaan dia bawa duit kerajaan dia ke Amerika Syarikat, faham atau tak faham orang Subang.”

Itu September lalu, ini dah masuk November, tapi kedengarankah pengumuman daripada pelabur-pelabur Amerika Syarikat berkenaan?

Baru-baru ini ‘rentak’ Mohamed Azmin pasal ‘pelaburan asing’ pun lebih kurang nadanya sama jugalah. Ya, perihal pasar raya pukal ternama dunia, IKEA akan membangunkan pusat pengedarannya di Pulau Indah, Klang de­ngan pelaburan berteknologi tinggi bernilai RM1 bilion. Ini akan menjadi yang ketiga terbesar di dunia selepas Chicago, Amerika Syarikat dan Dusseldorf, Jerman.

Cuma yang hairannya, kenapa Mohamed Azmin ‘ambil peluang’ mengatakan komitmen IKEA itu diperoleh selepas dia dan rombongannya mengadakan lawatan kerjanya ke Zurich, Switzerland Ogos lalu – yang didakwa bagi pelaksanaan perkara berkaitan bersama IKEA?

Tumpang lalu difahamkan, persetujuan IKEA untuk membuka hab serantau mereka di Pulau Indah dengan kos berbilion itu bukannya usaha Mohamed Azmin pun.

IKEA telah bertapak di Sela­ngor sejak 1996 sebelum mempunyai bangunan sendiri di Mutiara Damansara pada 2003. Malah dalam kenyataan kepada media, IKEA menyatakan telah menilai beberapa tempat di Malaysia tetapi akhirnya memilih Pulau Indah, Selangor.

“Before considering Pulau Indah, IKEA had certainly identified a few other locations for their planned investment, which included Johor and Penang. The process took almost a year before they decided to locate their Asia Pacific Region distribution center in Pulau Indah due to its strategic location, the park’s facilities and amenities.”

Realitinya, kejayaan menempatkan IKEA di Pulau Indah itu telah diusahakan oleh kerajaan BN Selangor sejak 10 tahun lalu lagi. Pada 2006, Menteri Besar Selangor di bawah pentadbiran BN waktu itu mengumumkan pembangunan Pulau Indah sebagai Zon Bebas Perdagangan oleh Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (Central Spectrum) – syarikat ber­kaitan kerajaan negeri Selangor akan siap sepenuhnya pada 2015.

Jadi, apabila Central Centrum berjaya membawa masuk IKEA ke Pulau Indah, itu bukanlah kerana hubungan mereka dengan Mohamed Azmin atau usaha menteri besar itu menarik pelaburan tersebut.

Sememangnya IKEA telah me­rancang membuka hab mereka di Malaysia. Tak sudah-sudah Mohamed Azmin hanya meraih laba daripada perancangan dan pemikiran ke hadapan kerajaan BN terdahulu.

Ya, ada logiknya kata rakan Tumpang lalu, blogger Ab. Jalil Backer: “Jika Mohamed Azmin hebat sangat, bawalah masuk pelaburan baharu yang belum pernah masuk ke Selangor.”

Realitinya, tindak tanduk ‘lembu punya susu sapi dapat nama’ ini bukanlah asing selagi mereka itu daripada pembangkang.

Tetapi janganlah rakus sangat mem­bohongi rakyat demi me­ngaut kuasa.

Tak payahlah Mohamed Azmin sibuk sangat pasal usaha nak bawa pelaburan asing ke Sela­ngor. Biar menteri-menteri Datuk Seri Najib Tun Razak uruskan.

Elok Menteri Besar itu renung-renungkan ingatan Noh ini:

“Tidak seperti dahulu di mana PKNS memainkan peranan besar menyediakan rumah mampu milik di bandar-bandar baharu yang diwujudkan seperti di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Kita boleh lihat banyak perumahan mampu milik yang dibina PKNS di situ, tapi hari ini PKNS seolah-olah telah lari daripada matlamat asal penubuhannya.”

Zulkifli Jalil
Utusan






Leave a Reply

Threesome