Menu Utama

Bila Artis Bigo Jadi Bingai

Zaman teknologi kini, sistem e-pay dan online banking bukanlah sesuatu yang asing di kalangan rakyat Malaysia. Kad kredit, kad debit dan kad touch n go, sebagai contoh, digunakan secara meluas, dan itu adalah bukti bagaimana pembelian tanpa tunai dapat dijalankan.

Itulah maksud “cashless society”, iaitu masyarakat tanpa tunai, yang membawa maksud kehidupan seharian dijalankan tanpa perlu membawa tunai di poket. Kita tidak tersangka, seorang pelajar undang-undang dari sebuah universiti yang terkenal dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, tidak mampu menterjemah apa yang cuba disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan.

Mungkin artis tersebut tergesa-gesa untuk memberi komen di media sosial, lantas terperangkap dengan kegopohannya sendiri. Apapun, ia sekadar mendedahkan betapa kebencian yang ditanam di hati mereka, telah membutakan keupayaan kita untuk berfikir dengan rasional.

Cubaannya untuk membuat “damage control” juga tidak menjadi. Ia sekadar menunjukkan dirinya terdesak dengan memberi alasan “broad meaning”, sambil menampakkan betapa beliau sekadar membaca tajuk sahaja. Sudahlah sekadar membaca tajuk, tidak faham pula maksud tajuk tersebut. Inikah standard lepasan universiti kita? Di manakah sifat intelektual mereka?

Jika “cashless” bermaksud “tiada tunai” atau “tiada duit”, apakah “priceless” bermaksud “tiada harga”?

Mohon artis Bigo jawab “broad meaning” priceless tersebut. Sekian.






2 Komen to Bila Artis Bigo Jadi Bingai

  1. Unknown Comment says:

    Dia sendiri pun ada masalah peribadi dan disiplin, tapi hendak memandai-mandai. Benci sangat dengan Encik KJ pun agak-agaklah.

  2. geekpuk2 says:

    MyKMU membela Khairy Jamaludin?

    Amat bebeza dengan MykmU tahun 10 tahun dulu dulu bila KJ dan budak Tingkat 4 dihentam habis-habisan dan Madey dipuja sebagai pejuang Melayu selepas pembatalan jamnatan bengkok Singapork oleh laman web sama

Leave a Reply

Threesome