Menu Utama

BETR Lakar Satu Evolusi Wajah Ekonomi Bumiputera

WAJAH ekonomi negara bertukar secara drastik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi mandat menubuhkan TERAJU untuk menggerakkan usaha ke arah mencapai matlamat Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera(BETR).

BETR 1.0 secara relatif berjaya mengubah persepsi terhadap usahawan Bumputera apabila proses pemilihan yang berdaya saing dan telus dibuat dengan penuh teliti dan berhemah. Program “Carve Out And Compete” merupakan satu lagi inisiatif utama yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam projek-projek mega kerajaan.

Tindakan TERAJU bekerjasama dengan Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd (MRT Corp) untuk mengenalpasti pakej-pakej kerja di bawah MRT Line 1(Sungai Buloh-Kajang) yang boleh dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera yang layak dan berkemampuan telah menghasilkan sebanyak 50% pakej kerja di bawah MRT Line 1 bernilai RM10.6 bilion telah dianugerahkan kepada 372 kontraktor Bumiputera.

Malah Teraju berjaya mengubah cara syarikat Bumiputera memperolehi sumber kewangan dan pinjaman daripada institusi kewangan melalui Dana TERAS. Kaedah pelipatgandaan membolehkan peruntukan kerajaan sebanyak RM 332 juta berkembang menjadi fasiliti kewangan bernilai RM 3.14 bilion. RM 1.3 bilion juga telah diluluskan untuk disalurkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Inovasi ini membolehkan lebih banyak syarikat Bumiputera menerima bantuan melalui institusi-institusi kerajaan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan menjadikan lebih banyak dana ditawarkan melalui bank-bank.

Kejayaan BETR 1.0 telah mendorong kepada pelaksanaan BETR 2.0 bagi meneroka inisiatif-inisiatif baru dan memperkenalkan perubahan baru serta penambahbaikan kaedah-kaedah sedia ada dengan menjalin hubungan strategik demi manfaat Bumiputera.

Fokus utama BETR 2.0 kepada pengukuran impak program-program yang berasaskan keperluan dan merit serta pelaksanaan inisiatif-inisiatif secara telus demi mencapai Hala Tuju Sebenar (True North) BETR iaitu Bumiputera memperolehi pendapatan purata RM 5,000 sebulan.

Sesetengah pihak menggunakan alasan kos sara hidup yang kononnya tinggi dalam cubaan untuk menidakkan usaha keras kerajaan dalam melakar satu evolusi baru dalam sejarah ekonomi negara sedangkan rakyat Malaysia sebenarnya berhadapan dengan kos gaya hidup yang sudah pasti tidak berkaitan dengan kos sara hidup.

Tindakan bijak kerajaan mengurus ekonomi negara berjaya memastikan negara berada dalam keadaan yang amat positif. Dahulu sebuah keluarga jarang memiliki televisyen dan kereta namun kini boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai lebih daripada satu televisyen dan kereta. Ini bermakna kos gaya hidup rakyat Malaysia makin meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara yang positif.

Malah kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib tetap perihatin dengan kos gaya hidup rakyat memandangkan perkara tersebut dilihat sebagai keutamaan mereka. Oleh itu melalui BETR 2.0, beliau memberi fokus kepada  perolehan pendapatan purata RM 5,000 sebulan bagi memastikan hasrat dan kehendak rakyat akan terus dapat dipenuhi sejajar dengan perkembangan semasa.






Leave a Reply

Threesome