Menu Utama

Bellew nafi tuduhan Mahathir

Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa terdapat campur tangan kerajaan dalam peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Peter Bellew adalah tidak benar.

Bellew yang tampil membuat pengakuan dalam sidang akhbar hari ini berkata, keputusan untuk meletakkan jawatan sejak dua minggu lalu adalah daripada dirinya sendiri.

Katanya, mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) juga tidak mempunyai campur tangan dalam keputusan yang dibuatnya.

“Saya kecewa kerana tidak dapat memenuhi kontrak perkhidmatan dengan Khazanah demi meneruskan khidmat di negara sendiri.

“Saya terpaksa membuat keputusan ini walaupun sukar. Keputusan saya tidak ada kaitan dengan sesiapa sahaja di Putrajaya,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Royale Chulan Damansara di Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Bellew memulakan tugas sebagai CEO MAB pada Julai tahun lalu bagi menggantikan Christoph Mueller yang meletakkan jawatan sebulan sebelum itu. -UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome