Menu Utama

#Bajet2018 Adalah Bajet Pilihanraya? Gula-Gula ?

Kalau ikut modus operandi pembangkang, mereka akan mengulang-ulang tuduhan atau kritikan yang sama, agar ianya sentiasa menjadi ingatan kepada rakyat. Begitulah propaganda dimainkan, secara berulang-ulang.

Tuduhan Malaysia negara muflis atau akan muflis (bankrap) sebagai contoh, sudah sebati dengan halwa telinga kita, sejak Lim Kit Siang muda sehinggalah dia kini bergelar dinasour politik tanahair. Antik dan lama, begitulah jangka masa ulangan tuduhan negara bankrap sering dimainkan. Hakikatnya, dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, Malaysia mampu mengharungi badai ekonomi sambil penunjuk aras dari pelbagai badan antarabangsa menunjukkan perkembangan positif, sungguh pun ekonomi dunia mengalami kelembapan ketika ini.

Menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat ini, bersiapsiaga hendaknya agar kita tidak terkejut dengan tuduhan pembangkang bahawa Bajet 2018 adalah bajet pilihanraya. Arakian begitulah mereka sejak wujud di muka bumi ini. Bajet 2017 juga tidak terlepas dari tuduhan kononnya itu bajet pilihanraya. Sementara Bajet 2016 dan 2015 ditafsir sebagai bajet gula-gula rakyat.

Tidak waima sekali, sebahagian besar pembangkang akan memuji tindakan yang diambil oleh kerajaan. Itu sudah menjadi darah daging mereka.

Samada bajet pilihanraya atau bajet gula-gula, akhirnya kita perlu melihat bagaimana pembentangan Bajet 2018 nanti bakal memberi manfaat kepada rakyat. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mensejahterakan negara dan rakyat, maka tidak perlu lah kita bersifat bodoh sombong dan kufur nikmat hanya kerana kerajaan mampu memberikan apa yang terbaik untuk rakyatnya.

Sedang pembangkang lebih gemar dengan slogan “Manifesto Bukan Janji”, kerajaan Barisan Nasional lebih tekun dengan slogannya “Dahulukan Rakyat” dan “Janji Ditepati”. Aku janji kerajaan Barisan Nasional sahaja sudah mencapai 97% perlaksanaan, sesuatu yang berani diukur untuk dinilai oleh rakyat.

Ini hanya sebahagian kecil dari kisah “Najibconomics”.






Leave a Reply