Menu Utama

Antara Integriti SPRM dan Ketua Pengarah SPRM

oleh Ab Jalil Backer

Kita tidak tolak kemungkinan besar gambar berdua-duan Ketua Pengarah SPRM dengan apa yang dikatakan isteri orang adalah palsu atau agenda menjatuhkan beliau.

Hanya pihak-pihak terbabit yang mengetahui kebenarannya.

Namun adalah melucukan apabila sebahagian media dan tokoh masyarakat menyatakan serangan skandal KP SPRM sebagai serangan ke atas integriti SPRM.

Media harus boleh membezakan antara integriti sebuah suruhanjaya dengan integriti individu.

Dalam isu ini, integriti SPRM tidak terjejas kerana ia bukan skandal membabitkan organisasi tetapi merupakan skandal seorang individu.

Menyatakan Tan Sri Zulkifli telah berjaya melakukan banyak tangkapan kes besar adalah satu permainan persepsi sahaja.

Apa yang ada sekarang hanyalah kenyataan demi kenyataan mengenai tangkapan membabitkan berbilion ringgit dan menumpukan kepada ahli politik tertentu.

Apa yang dilakukan oleh SPRM sekarang ini ialah menganjurkan “sarkas media” dengan memalukan individu-individu tertentu untuk menaikkan imej SPRM.

Maka ditumpukan kes-kes politik melebihi kes rakyat.

Hari ini dadah sudah menjadi satu wabak yang sangat menakutkan walaupun kita ada hukuman gantung.

Apakah anda percaya tiada rasuah ketika berleluasanya pengedaran dadah? Namun ini bukan kerja glamour dan mudah. SPRM tidak begitu berminat.

Berbalik kepada skandal yang didakwa fitnah ini. Jika benar tuduhan tersebut, ia merupakan satu kesalahan dari sudut undang-undang negara dan agama.

Tidak boleh kerana SPRM menyiasat beberapa kes besar semasa di bawahnya, maka ia menjadikan beliau kebal undang-undang.

Tidak patut sama sekali jika ada menteri sokong KP SPRM membuta tuli kerana takut jadi sasaran SPRM.

SPRM bergerak sebagai satu pasukan bukan kerana kehebatan individu. Justeru tidak boleh kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Oleh kerana Polis menyatakan telah membuka fail siasatan, maka jika benar beliau ada integriti, langkah pertama ialah mengambil cuti sehingga siasatan selesai.

Tidak manis beliau bercakap soal integriti orang lain sedangkan beliau sendiri tidak memimpin melalui teladan.






3 Komen to Antara Integriti SPRM dan Ketua Pengarah SPRM

  1. sman says:

    Walau apa pun sepanjang hayat saya sebagai rakyat Malaysia sejak hari pertama Merdeka sehingga ke hari ini,di bawah kepimpinan TS Zulkiflee sekarang lah saya merasa SPRM benar-benar berfungsi sebagai bada penguatkuasa membenters dan ‘menghambat’ si perasuah.Saya bersetuju dgn Tengku A.Aziz,hanya mereka yg terkena bahananya saja akan cuba menjatuhkan kredibiliti TS Zul.

  2. Maha says:

    Masalah peribadi ketua sprm tak boleh dicampurkan dengan kerja sprm untuk menghapuskan rasuah,masalah peribadi dia betul atau tak hanya dia dengan tuhan biar tuhan menghukum dia , kerja ketua sprm menankap penjenayah rasuah harus diutamakan.

    Jawapan aku mudah je adakah kita mahu rasuah bermaharajalela seperti zaman bpr ketika itu bpr dibawah jabatan pedana menteri dulu..

    Tak perlu bpr baru seperti di cadangkan orang politik itu lindungi pesalah rasuah vip dan ahli politik kalau tubuhkan bpr baru hanya buang duit kerajaan untuk melepaskan pesalah rasuah
    Sekarang kita perlukan sprm berani hadapi pesalah rasuah dari kroni, vip dan ahli politik ini

  3. esamanja says:

    Setiap manusia mempunyi kelemahan maka berlaku kesilapan melakukan kesalahan. Kesalahan boleh ditebus dengan taubat atau menerima hukuman yang setimpal. Takkan dengan melakukan kesalahan maka hilang kelayakan melaksanakan tugas yang diamanahkan. Contohnya seorang angota polis trafik telah melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat dan telah didenda atas kesalahan tersebut. Apakah anggota tersebut hilang kelayakan untuk menangkap pesalah lain yang melanggar lampu isyarat.

Leave a Reply

Threesome