Menu Utama

AKU JANJI BARISAN NASIONAL: 97% TELAH DILAKSANAKAN

PRU sudah semakin hampir, itulah keterujaan yang sedang melanda ramai. Namun, bagaimana dengan prestasi parti-parti yang diberi amanah pada PRU13 lalu untuk mentadbir, seperti Barisan Nasional, PAS, DAP dan PKR?

Itu seharusnya menjadi persoalan kepada pengundi, tanpa hanya bersandarkan emosi dan sentimen, seperti mana yang sering digunapakai oleh pimpinan Pakatan Harapan dalam menghasut rakyat.

Tidak perlulah kita mempertikaikan keupayaan kerajaan Barisan Nasional selaku “the ruling party”, kerana dalam tempoh usia negara yang masih muda ini, terlalu banyak pencapaian termasuklah bagaimana Malaysia berjaya meminimakan gelora ekonomi dunia yang melanda ketika ini. Terkesan, pasti, namun keadaan kita tidak seburuk negara-negara lain. Rujuk sahaja lah kepada pengiktirafan yang diberikan oleh World Economic Forum, Bank Dunia, IMF dan lain-lain lagi.

Menurut Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, prestasi sehingga 31 Mac 2017 menunjukkan kerajaan Barisan Nasional telah berjaya melunaskan 97% dari apa yang dijanjikan pada PRU13 yang lalu dengan jumlah sebanyak 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion telah berjaya disiapkan, manakala 14% iaitu bersamaan dengan 804 projek dengan nilai RM255.17 billion masih dalam perlaksanaan.

Hanya tinggal 3% sahaja (167 projek dengan nilai RM60.43 billion) masih di dalam peringkat pra-perlaksanaan.

Pencapaian ini sesungguhnya sangat bertepatan dengan “Janji Ditepati” dan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, slogan yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Selain itu, BR1M yang telah mula diperkenalkan pada 2012, telah memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah, dan 2.7 juta individu bujang dengan kos kira-kira RM31.4 billion.

6.2 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat meliputi penyediaan jalan sejauh 6,041.7 km, bekalan elektrik untuk 153,821 rumah luar bandar, bekalan air bersih untuk 350,094 rumah luar bandar dan sejumlah 94,605 rumah telah dibaik pulih di luar bandar.

Banyak lagi yang telah dicapai oleh Barisan Nasional. Tanpa meminggirkan mana-mana negeri waima ditadbir pembangkang, Perdana Menteri sering meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Malah, cara pentadbirannya yang sentiasa mahu mendengar pendapat rakyat menceritakan betapa era “government knows all” sudah tamat. Tiada lagi semangat kuku besi.

Bagaimana pula dengan janji-janji PRU13 parti yang mentadbir negeri seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang? Apakah manifesto bukan janji?






Leave a Reply

Threesome