Menu Utama

Ada Gila Jenis Baru Ke, Cabar Nafi Guna Pangkal Nama Saja?

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan dakwaan budak muda Mahathir kononnya wujud cubaan untuk menyogoknya sebanyak RM 5 juta bila hakikat yang sebenarnya dia tidak bernilai satu sen pun – seperti diakui banyak pihak.

Masalah dengan dakwaan ini ialah, ia tidak mempunyai bukti.  Begitupun kita bersangka baik, mungkin cubaan menyogok RM 5 juta ini sampai melalui telepati atau menggunakan pari-pari yang turun dari kayangan.  Nak tunjuk bukti macam mana ye tak benda tak nampak?

Gebang nak lapor pada SPRM, hanya tinggal gebang walaupun dakwa ada bukti kukuh.  Setakat artikel ini ditulis, hanya satu laporan polis dibuat, itupun pasal cerita ugut, bukan cerita sogok – itupun boleh dipertikaikan lagi sebab benda yang sebegini ‘besar’, laporan polis buat senyap-senyap je pulak?

Kita fikir habislah, dah takde buktikan, apa nak gebang lagi?

Rupanya dia masih nak menegak benang yang basah.  Tapi cara yang dipilih itu menjadi gelak satu Malaysia, dahlah cabar individu yang dituduh cuba sogok dia tu supaya menafikan cubaan itu wujud (tak pernah dibuat orang), individu berkenaan pulak dinamakan dengan pangkal namanya saja – H.

Dah tepuk dahi semua orang, ni gila jenis macam mana pulak.  Dahlah tuduh takde bukti, penuduh pulak tak pernah jumpa individu yang dituduh, yang kena tuduh takde nama penuh, takkan nak selesai semua masalah ni dengan pangkal namanya saja?

Ini masalah berketuakan orang nyanyuk, dengan yang muda-muda pun ikut nyanyuk sekali.

 






3 Komen to Ada Gila Jenis Baru Ke, Cabar Nafi Guna Pangkal Nama Saja?

  1. sman says:

    Harap budak ni tak berpanjangan dalam politik,supaya tidak berpanjangan memperbodohkan rakyat Malysia.Biarlah setakat orang tua nyanyuk saja yg sempat di perbodohkan,dah tak ada yg lain nak buat macam mana.

  2. Baraq says:

    Org tua tu dah buat ceramah dlm masjid pulak, dia dah ikut mcm anwar ibrahim, sikit hari dia jadi lebai malang..

  3. zas says:

    kesihan si boboi..kembalile kepangkal jalan..nasihatle ayahanda boboi, alangkah molek dan tertip jika Tun berada dalam menghadiri majlis ilmu & fikir dgn bersulam ayat2 suci Al Quran & Hadith serta zikir,bertasbih, tahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah!!!aamiin https://www.youtube.com/watch?v=_wflqvKGeJI
    https://www.youtube.com/watch?v=VcRAhAssV5k
    https://www.youtube.com/watch?v=zSAxZ1WSIYM
    https://www.youtube.com/watch?v=KWTLS6Sm6Og

Leave a Reply

Threesome