Menu Utama

October, 2017

 

Tanah runtuh: Kerajaan negeri P. Pinang jangan tutup mata – Penduduk

Persatuan Penduduk Tanjung Bungah meminta kerajaan negeri pimpinan DAP agar tidak menutup mata berhubung pembangunan di lereng bukit di kawasan itu yang sememangnya dibantah oleh persatuan penduduk. Pengerusinya R.Meenakshi berkata baru minggu lepas pihaknya membangkitkan isu itu dan meminta kerajaan negeri menghentikan pembangunan di lereng bukit kerana dikhuatiri akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. “Semua projek ini tidak boleh dibenarkan di kawasan ini. Kami bantah projek-projek pembangunan dj lereng-lereng bukit tapi kerajaan negeri tak pernah dengar suara kami. “Sebaliknya kami dianggap sebagai tidak rasional dan tidak berfikir secara waras,” katanya diBaca Lagi


Tiada Pos Imigresen China Di MCKIP, Orang Malaysia Bebas Keluar Masuk, Mahathir Menipu Lagi

MCKIP atau Malaysia China Kuantan Industrial Park adalah kawasan perindustrian baru dibuka di Kuantan. Seluas 3,000 ekar, ia bakal menempat syarikat-syarikat perindustrian yang akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. Kawasan perindustrian ini dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju hartanah dari Malaysia dan ia adalah syarikat dari Malaysia juga, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd yang memegang 51% ekuiti manakala baki 49% dipegang oleh Guangzhi Beibu Gulf Asean Investment dari China. Setakat carian penulis, baru sebuah syarikat yang telah beroperasi di kawasan perindustrian ini iaitu Alliance Steel (M) SdnBaca Lagi


LHDN SOKONG RANCANG PERSARAAN

Pekerja di sektor swasta yang akan menamatkan perkhidmatan dalam pekerjaan penggajian tida k disediakan dengan skim persaraan sebagaimana penjawat awam yang sedia maklum mempunyai perancangan skim persaraan oleh kerajaan yang lebih sedia terjamin. Tabungan hasil caruman selama pekerjaan penggajian melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu-satunya kebergantungan terakhir untuk digunakan oleh pekerja swasta selepas persaraan. Perancangan dan penggunaan tabungan ini memerlukan seseorang individu mahir dalam merancang kewangan mereka. Langit tidak selalunya akan kekal cerah, bukit yang ditarah setiap hari juga akan rata. Ini yang berlaku kepada pesara yang rakusBaca Lagi


MAB: Mahathir Cemburu Najib Berjaya Selesaikan Masalah Yg Dia Cetuskan

UMUM tahu ia adalah Mahathir yang menjahanamkan MAS.  Dari ada cash berbillion-billion, kepada bergantung bantuan kerajaan setiap tahun, pun berbillion-billion juga – bangunan sendiri pun terpaksa dijual.  Dulu elok-elok kerajaan urus, Mahathir bagi pada kroni sehingga rugi dan akhirnya kerajaan yang kena ambil alih semula. Perdana Menteri selepas Mahathir, Paklah, buntu macam mana cara nak selamatkan MAS agar tidak terus menerus menghabiskan wang rakyat – sesuatu yang menjadi minat utama Mahathir selepas kuda.  Macam-macam dah dibuat tapi MAS tetap macam itu.  2 kemalangan udara membabitkan pesawat MAS pada 2014, sekadarBaca Lagi


Kapten Izham Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu MAB

Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu MAB berkuat kuasa serta merta. Beliau yang memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dilantik menggantikan Peter Bellew yang akan berpindah ke Ryanair. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan MAB hari ini, Izham juga dilantik sebagai Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan itu. Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar. Dalam kenyataan MAB, Bellew diletakkan di bawah cuti pentadbiran. Awani


BR1M dan Keprihatinan Najib Razak

oleh Ab Jalil Backer 1. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukan bantuan untuk rakyat miskin. Ia adalah bantuan kepada kelompok B40 bagi mengurangkan beban perbelanjaan keperluan asas. 2. Apakah B40? B40 bukan umur bawah 40 tahun. Ia merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan bawah RM 3,900.00 sebulan. 3. Mengapa BR1M diberikan kepada kumpulan ini? BR1M diberikan kepada kumpulan ini sebagai sebahagian daripada dasar rasionalisasi subisidi. 4. Apabila kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi pukal kepada barangan seperti gula, petrol dan beberapa lagi barangan keperluan asas,maka kerajaan yang prihatin mengambil kira pertambahanBaca Lagi


AWAS TAKTIK PENIPUAN CUKAI

Dewasa ini banyak berlaku taktik penipuan secara terancang sama ada melalui telefon bimbit ataupun secara melawat ke premis mangsa. Taktik licik penjenayah di rancang dan susun rapi melibatkan beberapa orang dalam kumpulan, mesin menjawab telefon, dokuman palsu, teknologi seperti Voice Over Internet Protocol (VOIP), SMS dan juga skrip yang terancang. Modus operandi atas talian: 1. Suspek akan menghubungi mangsa dengan mengatakan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan mengatakan sejumlah amaun baki cukai tertungggak yang perlu di bayar. 2. Suspek akan memindahkan telefon kepada beberapa orang lain dalam kumpulanBaca Lagi


Demo Tak Ramai, Ahli & Pemimpin Keluar Beramai-Ramai, PPBM Elok Tutup Kedai

SEMALAM, 2 lagi Ketua Penaja PPBM Perak, masing-masing di Kuala Kangsar dan Parit, meletakkan jawatan/.keluar meninggalkan  parti itu bersama beratus-ratus penyokong mereka.  Sebelum ini tindakan keluar parti diambil beberapa Ketua Penaja bahagian PPBM yang lain di negeri tersebut bersama-sama beribu penyokong masing-masing.  Bekas Naib Presiden yang juga berasal dari Perak, turut meninggalkan parti yang baru sambut ulang tahun pertama. Tentang 2 Ketua Penaja yang keluar semalam, campur tangan, tiada hala tujuan dan sebagainya, menjadi punca perletakan jawatan.  Sikap berlumba-lumba untuk mendapatkan jawatan dan persaingan (tidak sihat?) sesama sendiri turut menjadiBaca Lagi


Perbuatan Nurul Izzah satu pengkhianatan

Perbuatan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertemu dengan anak pe­rempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram yang dianggap sebagai musuh negara adalah satu pengkhianatan. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pengkhianatan merupakan satu kesalahan serius yang dika­tegorikan sebagai kesalahan terhadap negara dan boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan. Beliau berkata, Jacel Kiram boleh dianggap sebagai musuh negara kerana dia merupakan jurucakap bagi kumpulan pengganas Kesultanan Sulu dan menjadi jentera utama atas apa jua tindakan Tentera Diraja SuluBaca Lagi


Generasi Kini ‘Buta’ Tentang Kehidupan Di Zaman Mahathir

Agak menjengkelkan apabila terdapat pihak yang mendakwa kononnya rakyat di negara ini hidup dalam keadaan senang lenang dan tidak menghadapi sebarang masalah yang membebankan kehidupan di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Kononnya di zaman itu semuanya ‘mudah’. Kononnya di zaman itu langsung tidak membebankan. Kononnya di zaman itu walaupun bergaji kecil, hidup rakyat gembira dan mampu membeli-belah tanpa wujud sebarang perasaan bimbang di hati. Lebih menjengkelkan, mereka yang mendakwa kehidupan ‘selesa’ rakyat di zaman Mahathir itu majoritinya budak-budak mentah yang cuba berpolitik dan mungkin ‘baru belajar’ tentang erti kehidupanBaca Lagi


Threesome