Menu Utama

Tidak Tanya Pun Pendapat Rakyat #RinduZamanTun

Sudah menjadi rutin tahunan, perkara paling hangat dibincangkan pada bulan September adalah berkenaan dengan bajet, yang selalunya dibentangkan pada bulan Oktober. Bajet 2018 akan dibentangkan pada 27 Oktober 2017.

Apa signifikannya pembentangan bajet? Ia bermakna kerajaan ada duit untuk dibelanjakan, sungguhpun ianya terhad, dan lantas tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang yang pelbagai kemahuan dan keperluannya. Apa pun, dengan adanya wang untuk dibelanjakan, ia bermaksud negara tidak muflis, sekaligus menafikan dakwaan pembangkang seperti Lim Kit Siang, yang sering mendendangkan irama yang sama sejak zaman beliau muda hingga sudah bergelar antik politik Malaysia.

Dengan kemahuan yang pelbagai dari rakyat Malaysia, tentunya bukan mudah untuk perdana menteri dan barisan kabinetnya dalam memastikan wang yang dibelanjakan mencapai tahap optima dalam memenuhi keperluan rakyat.

Oleh yang demikian, kita percaya apa yang sedang dilakukan oleh perdana menteri ketika ini, sesuai dengan pendekatannya untuk mendahulukan rakyat. Semenjak dilantik menjadi perdana menteri, rakyat diberi peluang untuk menyampaikan hasrat dan pendapat berhubung dengan apa yang diperlukan di dalam bajet yang akan dibentangkan kelak. Kaedah untuk mendengar pendapat rakyat ini, tidak sahaja berkenaan dengan bajet, malah dipanjangkan kepada TN50 dan MRT.

Inilah era transformasi, di mana rakyat diberi hak bersuara dengan lebih terbuka, terutama dalam aspek-aspek membina negara.

Era “Government Knows All” sudah berakhir. Era hanya perdana menteri sahaja yang betul juga sudah berakhir. Era orang lain semua salah juga sudah berakhir. Era suka “cari gaduh” dengan orang lain pun sudah berakhir. Lain padang, lain belalang, lain dahulu lain sekarang.

#RinduZamanTun






Leave a Reply