Menu Utama

Teruk Juga ‘Warga Emas’ Itu ‘Bersilat’ Hari Ini…

Hari pertama yang menyaksikan ‘warga emas’ itu disoal siasat RCI berhubung skandal forex yang berlaku di zaman ‘diktator’ hari ini layak disimpulkan sebagai ‘hari serba tidak tahu’, sekaligus membayangkan cubaan ‘lepas tangan’.

Dia memberi jawapan kononnya tidak dimaklumkan mengenai jumlah kerugian skandal mata wang asing yang melibatkan Bank Negara (BNM) di zaman dia menjadi Perdana Menteri, dalam tempoh yang sama seakan-akan cuba menyalahkan pihak BNM.

Jika mahu mengulas mengenai kebebasan BNM, sememangnya ia sebuah badan kewangan yang bebas dari campur tangan badan eksekutif kabinet dan legislatif parlimen. Semua orang tahu tentang hakikat tersebut.

Lebih menggelikan hati, warga emas itu mendakwa dia hanya percaya kepada laporan pegawainya ketika dia mentadbir negara dan tidak peduli kepada laporan media asing. Satu kenyataan yang penulis anggap sangat melucukan kerana terbit dari mulutnya.

Penulis sangat sangsi dengan jawapan dia ‘tidak tahu’ tentang skandal forex BNM itu telah menyebabkan negara kerugian sebanyak itu. Mungkin benar pegawainya dia atas kertas telah menyerahkan laporan BNM rugi dalam jumlah yang lebih sedikit.

Mungkin media arus perdana di zaman ‘Kadir Jasin’ dan “Zam Maidin’ tidak melaporkan dakwaan tersebut, namun bagaimana dengan desakan Lim Kit Siang yang mahu RCI ditubuhkan ketika skandal itu ‘meletup’? Kit Siang pernah menulis buku mengenainya, bukan?

Apakah dia tidak gusar dengan laporan media asing yang heboh mendakwa skandal tersebut melibatkan Malaysia kerugian dalam jumlah yang sangat besar? Dia tidak percaya pada media asing? Tolong jangan buat lawak!

Sarawak Report itu media tempatan? Wall Street Journals itu media tempatan? Sekarang sudah tukar? Jika laporan media asing itu tidak menepati citarasa warga emas itu maka tidak perlu peduli? Namun sekiranya menepati dengan kehendak dan kepentingannya maka tiba-tiba boleh pula ‘beriman’ kepada media asing itu? ‘Menakjubkan’, bukan?

Penulis sedar bahawa BNM itu badan bebas dan perlu memberi laporan kepada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri. Namun jika diatas kertas tertulis rugi 5 sen, namun kecoh diluar sana mendakwa BNM rugi RM30 bilion, apakah perlu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ‘pejam mata’ saja bila berdepan laporan BNM tersebut?

Bagaimana sekiranya pegawainya itu menipu ketika memberi laporan mengenai jumlah kerugian perniagaan forex ketika itu? Bagaimana jika nilai untung sebenar adalah RM10 bilion namun hanya ditulis RM2 bilion sahaja dan selebihnya masuk ke kantung poket pihak tertentu?

Tidakkah dia perlu bertanya kepad pegawainya tentang hal berkenaan dan buktikan dakwaan media asing itu tidak benar? Peliknya, bekas Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar tahu dan mengakui mengenai jumlah kerugian sebenar, tapi warga emas itu tidak tahu?

‘Kasihan’ benar penulis kepada warga emas itu. Teruk juga dia ‘bersilat’ hari ini hinggakan terpacul jawapan-jawapan yang menggelikan hati dan tidak logik dek akal. Ingatkan dia ‘serba tahu’, tapi rupa-rupanya….






Satu Komen to Teruk Juga ‘Warga Emas’ Itu ‘Bersilat’ Hari Ini…

  1. Memang Baik says:

    Allah tidak merestui memungkaran . Tentunya matalamat RCI ditubuhkan bukan untuk ditenggelamkan selepas penafian semua yang dipanggil . Pasti ada kuasa yang khusus untuk mengheret semua mereka kemahkamah selepas ini . Kita tidak membenci tetapi kita impikan meyaksikan muka M, A dan D turun naik mahkamah selepas. Biar mereka cirit birik dan ter lepas air dalam seluar ,

Leave a Reply