Menu Utama

Syed Saddiq Bina Empayar Kuasa, Hamidah Dihalau

MUNGKIN sebelum ini ramai yang memperlekehkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memnadangkan beliau terlalu sinonim dengan juara pidato dan kaki disko.

Tidak ada siapa menyangka Syed Saddiq mengatur langkah untuk membina empayar kuasa dalam parti PPBM milik Tun Dr Mahathir Mohamad itu. Malah Datuk Hamidah Osman sendiri mengakui bahawa beliau meletak jawatan dan keluar parti disebabkan serangan dari budak hingusan yang dikatakan ketagih berdisko itu.

Melihat kepada gerak kerja yang dibuat oleh Syed Saddiq ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu berwaspada. Jika beliau gagal memastikan kedudukannya terjamin, tidak mustahil beliau akan turut menjadi mangsa kerakusan anak Johor tersebut.

Hamidah mendedahkan perkara tersebut dalam satu rakaman video ekslusif. Beliau mengakui kecewa dengan Syed Saddiq yang sebelum ini pernah menghalaunya keluar parti selain menuduhnya sebagai agen Umno.

“Selaku anak muda yang pangkatnya seperti anak saya tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian. Sebagai seorang ibu, wanita dan orang Melayu yang kaya dengan adab, saya tidak sanggup melihat budaya itu diterapkan dalam Bersatu. Malangnya perbuatan tersebut seolah direstui kerana tiada sebarang langkah atau tindakan diambil dalam membendung budaya yang dibawa Saddiq itu,” katanya.

Bekas Adun Sungai Rapat itu turut berpendapat Syed Saddiq berani berbuat demikian disebabkan ada orang kuat dibelakang yang menyokong segala tindak tanduknya.

Segala langkah yang dibuat oleh Syed saddiq dilihat sebagai kerakusan beliau untuk memegang tampuk kuasa dalam PPBM. Jika seorang yang berpangkat ibu boleh beliau halau sewenang-wenangnya maka bukanlah mustahil untuk Syed Saddiq mengatur langkah menyingkirkan Mukhriz.

Jangan kita sesekali “under estimate” orang yang sedang kemaruk kuasa. Bagi mereka matlamat sentiasa menghalalkan cara.

 






Leave a Reply