Menu Utama

Skandal FOREX: Nor Mohamed Yakcop Kata Lain, Tan Sri Clifford Herbert Kata Lain

Alasan paling popular ketika ini: “Tun M tidak tahu”. Begitulah rata-rata jawapan yang boleh kita perolehi melalui perdebatan dan perbincangan hangat berkenaan dengan skandal niaga matawang asing di media sosial.

Mungkin ia bertitik tolak dari kenyataan oleh Nor Mohamed Yakcop, yang sewaktu memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja, memberitahu Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan mengenai urusniaga matawang tersebut.

Malangnya, Tan Sri Clifford Herbert, mantan Timbalan Ketua Setiausaha (II) Kementerian Kewangan, dalam kenyataannya pula mengaku, bahawa beliau bersama-sama Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada Dr. Mahathir berhubung dengan skandal urusniaga matawang tersebut.

Jadi, apakah layak untuk pro PakaTUN menggunakan hujah Dr. Mahathir tidak tahu mengenai misteri kehilangan wang negara yang dianggarkan berjumlah RM32 billion itu?

Herbert menambah, selepas memberi taklimat tentang kerugian tersebut, Dr. Mahathir hanya memberi reaksi “biasa”. Biasa? Tidakkah seorang Perdana Menteri, atau orang biasa sekalipun, akan terasa terkejut, atau dukacita dengan kehilangan wang sebanyak itu?

Sudahlah tidak terkejut dan memberi reaksi “biasa”, ia ditambah pula dengan maklum balas dari Dr. Mahathir, “Kadang-kadang kita untung dan kadang-kadang kita rugi”.

Pelik, seolah-olah Dr. Mahathir pula yang memberi restu untuk Nor Mohamed Yakcop berniaga matawang! Lain macam sahaja “redha”nya. Mentang-mentanglah urusniaga tersebut tidak menggunakan wang mereka sendiri.

Dan akhirnya, bukan silap Nor Mohamed Yakcop, apatah lagi silap Dr. Mahathir. Semuanya salah George Soros! George Soros penyangak matawang kata Dr. Mahathir.

Andai tidak percaya, tanyalah mereka yang rindukan zaman Tun M. Semuanya salah George Soros.






Leave a Reply