Menu Utama

Skandal Forex: Dia Mengaku Ada Peranan, Bukan Mengaku Semua Salah Dia!!

PENGAKUAN Nor Mohamed Yaakob hari ini sebenarnya berbunyi begini “I accepted my fair share of accountability for the forex losses and resigned from BNM”, tak tahu macam mana diterjermahkan kepada “Saya bertanggungjawab semua sekali” oleh macai-macai Pakatan.

Tapi kalau nak dihujahkan jugak, suka disebutkan disini ialah ini adalah pengakuan kali kedua.  Kali pertama bila Gabenor Bank Negara waktu itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein pun mengaku silap dia.  Dua orang mengaku benda sama, siapa sebenar-benarnya yang bertanggungjawab ni?  Sebab dari segi hierakinya, Nor Mohamed mesti report pada sesiapa, arwah Jaffar pun sama.  Dalam negara ni Agung saja dari segi pentadbiran tak perlu report pada sesiapa, yang lain tu kena.

Besok Anwar bagi keterangan, entah apa yang dia nak mengaku pulak tapi di parlimen tahun 2012 (hanya 5 tahun yang dulu), Anwar dah MENGAKU bahawa  Mahathir dan Daim yang meluluskan perniagaan Forex ini sehingga rugi besar.

Sebab itu jangan suka sangat dulu, filem ini belum tamat, banyak babak lagi ni yang nak dilihat.  Kalau dengan  pengakuan ini dah terjawab semua soalan, tutuplah prosiding tu hari ini, Mahathir dan Anwar tak perlu bagi keterangan, tapi prosiding masih berjalan kan?

Begitupun sukalah dijelaskan disini bahawa, Nor Mohamad Yaakob mengaku penglibatannya dalam perkara itu – dah dia penasihat Bank Negara dalam soal Forex ni, tapi dia tak mengaku semua kerugian itu adalah disebabkan dia seorang.

Yang macai cepat sangat nak memuliakan Mahathir tu dah kenapa?  Baca tajuk saja ka?  Padanlah bodoh semuanya.






Leave a Reply