Menu Utama

Siapa Pun Lawan Pakatan, Adalah Kawan

RAMAI kecewa sebab sidang media khas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi, hanya tentang mengumumkan kemasukan semula bekas Menteri Besar Selangor, Mat Taib ke dalam UMNO.  Dalam mood nak menghadapi PRU14, sudah tentu apa pun sidang media yang diadakan Perdana Menteri, menjadi perhatian, bukan sahaja dalam UMNO sendiri tapi di kalangan macai-macai Pakatan.

‘Malangnya’, sidang media khas tadi hanya tentang kemasukan semula Mat Taib – orang yang sejak 5 tahun lepas kerjanya tak lain hanya berpindah randah parti.  Darjat Najib yang baru balik mencapai kejayaan untuk negara dalam lawatan ke US kelmarin, dirasakan terlalu tinggi untuk sekadar mengadakan sidang media mengumum kemasukan semula Mat Taib ke dalam UMNO.  Najib yang membawa Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kuasa-kuasa ekonomi dunia seperti Amerika, China dan Britain, diharap umum benda-benda besar saja.

Seperti pembubaran parlimen contohnya.

Tapi pada penulis sendiri, itu bukan masalah.  Dari awal pun penulis tak jangka akan ada pengumuman Parlimen akan dibubarkan dan PRU14 akan diadakan sebab platform tu tak kena. Tentang Mat Taib masuk semula, inikan politik, mana ada kawan dan musuh selamanya? Sebagaimana Pakatan dulu ‘mengagung-agungkan’ kemasukan Mat Taib ke dalam parti masing-masing (PAS dan PKR), rasanya tidak ada masalah kalau sekadar satu sidang media ringkas (live pun tak dibenarkan) diadakan UMNO bila Mat Taib berpatah balik.

Bukan ada jawatan/peranan pun diberi kepada Mat Taib dengan kemasukan semula ini. Tak macam masa dia masuk PAS dan PKR dulu.  Mat Taib pun semasa memilih untuk menyokong Pakatan, tak banyak jilat ludah sendiri, tak macam Mahathir.

Untung rugi Mat Taib masuk balik ini kepada UMNO, hanya masa yang akan menentukan tapi kalau dia takdak nilai sekupang pun kenapa Pakatan dulu memandang besar tindakannya keluar UMNO dan menyertai mereka?  Masa masuk PAS pada tahun 2013, siap ada yang kata kemasukan itu memberi tamparan besar kepada UMNO dan Najib!!  Mesti ada something pada Mat Taib ini yang melayakkan dia untuk mendapat pengiktirafan begitu dari Pakatan.

Lagipun sekarang di kalangan parti komponen Pakatan memang tengah banyak masalah.  Minggu ini saja parti PPBM milik Mahathir kehilangan 2 lagi dari 7 pengasas awal parti yang baru saja menyambut ulang tahun pertama kewujudannya.  Kita tak hairan kalau ada lagi sidang media khas seumpama hari ini mengumumkan kemasukan bekas-bekas pengasas parti bunga ini ke dalam UMNO.

Kalau kemasukan mereka tidak menguntungkan UMNO sekalipun, sekadar melemahkan moral Pakatan, itu sudah cukup bagus bagi kita.  Yang penting UMNO tidak gadai prinsip untuk terima semula puak-puak ini, puak-puak itulah yang menggadai semula prinsip mereka dengan kembali semula kepada UMNO.  Mesej ini pun dah nilai tersendiri kepada politik hari ini.






5 Komen to Siapa Pun Lawan Pakatan, Adalah Kawan

  1. […] Siapa Pun Lawan Pakatan, Adalah Kawan […]

  2. maha says:

    Bagi pendapat aku najib terima siapa sahaja itu tindakan baik sebagai manusia,
    Tapi tun mahathir akan gunakan mat taip sebagai senjata untuk hentam umno korang nanti apa tun mahathir cakap tentang kes lama mat taip untuk kurangkan sokongan pada umno selangor,
    Kita tunggu dan lihat permain seterus tun mahathir itu.

    Bagi aku untuk umum mat taip bagi sokong pada umno selangor selepas pilihanraya aku setuju,

    Tengok apakah permain seturusnya tun mahathir itu
    1)apakah kes mat taip gunakan tun mahathir untuk hentam umno,
    Aku nak tengok nanti permainan tun mahathir itu

  3. sman says:

    Mengalu-alukan kemasukan semula Mat Taib kedalam Umno adalah sesuatu yg betul.MT mungkin banyak mengetahui apa yg adala dalam seluar dalam PH ,teutamanya PKR,haraap beliau boleh dedahkan kepada pengundi nanti.MT juga boleh membantu dalam usaha merampas semula Selangor.Kerja menwana Selangor perlu di beri fokus oleh sekumpulan task force,suapay PKR menjadi kucar kacir.Kejatuhan Selangor ,atau sekurang-kurangnya mengurangkan kerusi PKR dgn bilangan yg besar ,boleh menjahanamkan PKR.Inilah parti yg patu di hapuskan kerana PKR lah yg merupakan ‘pengkhianat ‘ kepada org Melayu dan Islam hasil lakunan Anwar anak beranak,hingga membolehkan Dapigs menawan PP.Umno dan PAS patut berkejasama menjahanamkan PKR di Slangor dan MT boleh memabntu.

  4. Stalin says:

    susah dan tak boleh cari makan di luar…tu yg masuk balik tu…

  5. TORATORA says:

    Aku pun awal2nya fikir apa yang special sgt sampai nak buat pc kembalinya Mohd Taib ini diwar2kan sebegitu hebat sampai pembangkang yang melebih syok nak tahu.Rupa2nya Umno nak tunjuk kaedah yang betul untuk mencari keputusan terbaik dalam mencari penyelesaian apa jua tindakan biar pun bukan hal yang begitu besar.

    Pembangkang mungkin boleh mengejek, bermain kata2 dan menyindir…tapi kepada para penyokong Umno, puak atas pagar dan macai2 pembangkang yang masih boleh berfikir dgn rasional, ia adalah langkah yang baik dan teratur serta menunjukkan sikap kematangan.

    p/s : Meroyan habis macai2 pakatan dalam media sosial ha3. Kita tengokkan ajelaaaaa…

Leave a Reply

Threesome