Menu Utama

Setelah Lesap Duit Rakyat Berpuluh Billion Berjudi Forex, Mahathir Pun Nak Namanya Dipadamkan

DAKYAH terbaru puak pemuja Mahathir ialah kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini cuba memadamkan nama Mahathir dari sejarah negara.  Tuduhan itu tidak ada bukti kukuh melainkan ‘bukti’ yang diada-adakan, tapi puak ini mungkin terasa begitu kerana Mahathir sendiri gamaknya pernah cuba buat benda yang sama ketika 2 mantan Presiden UMNO menyertai Semangat 46 dulu.

Sekurang-kurangnya yang kita tahu dari dakwaan ramai orang bahawa nama bekas Perdana Menteri Tun Abdul Rahman ‘dipadamkan’ dari ruang kolumnis akhbar The Star (milik MCA) pada tahun 1986 atas arahan Mahathir.  Tak bagi lagi arwah ni menulis disitu, kira padamlah maksudnya.

Begitupun mungkin puak pemuja Mahathir ini tidak sedar bahawa dengan pelbagai skandal lama yang kembali menghantui hidupnya sekarang, Mahathir pun mungkin nak namanya dipadamkan dari sejarah.

Skandal Forex saja cukup.  Bayangkanlah bagaimana kalau orang lain, bukan Mahathir yang jadi Perdana Menteri pada ketika itu?  Sudah tentu Mahathir boleh lepas tangan dan kekal suci macam bayi baru lahir.  Tak perlulah dia pada umur yang begitu tua seperti sekarang, terkial-kial nak menjawab pelbagai perkara dalam skandal tersebut yang dulu cuba disenyapkan.

Arahan dari atas, pengubahsuaian laporan audit, sorok sana, sorok sini dan sebagainya ni, jelas buat Mahathir kelam kabut.  Kejap ingat, kejap tak ingat, kejap BNM tak lapor semua, kejap ada semua maklumat lengkap dan sebagainya – semua ini menunjukkan Mahathir sebetulnya sedang gelabah.

Sehinggakan tak siapa panggil dia datang prosiding RCI pun, dia datang jugak!!  Betul punya kelam kabut.

Itu baru skandal Forex, belum skandal-skandal yang lain lagi.  Silap-silap dia mungkin menyesal tak sudah kerana memadamkan Kutty pada keturunannya kerana tindakannya itu menyebabkan dia diterima masuk UMNO apabila disangka melayu tulen, akhirnya menjadi Perdana Menteri atas kapasiti sebagai Presiden UMNO dan semua skandal ini menjadi bebannya sekarang.






4 Komen to Setelah Lesap Duit Rakyat Berpuluh Billion Berjudi Forex, Mahathir Pun Nak Namanya Dipadamkan

  1. Andy Prikson says:

    Tun Dr Mahathir perlu disiasat berhubung skandal forex semasa beliau masih menrajui pemerintahan negara.

  2. Memang Baik says:

    Cdangan yang baik untuk padamkan namanya. Tapi biarlah setelah semuanya berakhir dan di telah terhukum. Jenayah telah pun dilakukan, maka M perlu menerima hukuman

  3. Memang Baik says:

    M bayar RM10 juta pada Claire dan akan tanggong cost lain lagi RM10 kalau Claire kalah kes . Ini yang Di sebut si Khairudin mulut besar . Belanja 10 juta macam belanja 100 RM saja buat M.

    Besar sungguh impian M dan lumayan sekali yang menunggu di hadapan . Pada hal dengan duit sebanyak itu M sudah tak perlu berbuat apa2 selain dari buat baik dan duduk diam2. Dengan duit jumlah itu beberapa generasi kutty di jamin tidak lapar .

    Bila agaknya M akan sedar bahawa dunia tidak kekal dan terlalu pendek berbanding penghidupan lain yang kekal dan dijamin .

  4. Ann says:

    Apabila seseorang itu terlalu ‘self centered’, setiap apa yg dilakukan akan mengutamakan kehendak dia, tanpa memikirkan kesannya pada orang lain. Membujur lalu melintang patah…saya punya saya punya, orang punya pun saya punya, tak bagi saya rampas…begitulah dahsyatnya prinsip sesetengah orang.

Leave a Reply