Menu Utama

Setahun Khianat, ‘Si Kitul Moden’ Memuja ‘Bapa Kleptokrat’…

Sudah lebih setahun, beberapa rakan penulis yang dulu antara yang lantang selama berpuluh tahun memaki hamun DAP, Mat Sabu dan sekutu-sekutunya, telah ‘menjilat’ segala ‘kahak pekat’ yang mereka ludahkan.

Dahulu, tidak pernah terlintas di fikiran penulis untuk mereka membuat ‘pusingan U, 360 darjah’, berpaling dari prinsip perjuangan anak bangsa untuk terus memperjuang kepentingan agama, bangsa dan tanah Melayu.

Namun hanya kerana kerana diuji dengan ‘sogokan’ jawatan, nama, kemasyhuran, ‘dedak’ dan ‘cari makan’ yang bertemakan politik, mereka sanggup khianat pada sumpah keramat, berpaling dan berubah wajah, seiras bagai ‘Si Kitul dan Raja Mendaliar’.

Mereka memomokkan konon berjuang atas dasar ‘kebenaran’ dan ‘maruah’. Namun di sebalik hakikat sebenar momokan itu, terselindung agenda kepentingan diri seolah-olah membayangkan mereka ‘bertuhankan’ politik, berkiblatkan nafsu serakah.

‘Kebenaran’ bagi mereka hanyalah merujuk kepada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, ‘bukti’ yang direka-reka dan langsung dangkal tidak masuk akal. Bercakap tentang ‘maruah’, apakah layak mereka yang tidak berprinsip dan ‘menjilat ludah’ itu dianggap bermaruah?

Dulu, mereka pernah menyifatkan DAP sebagai pihak yang tidak layak untuk didampingi. Siang malam, DAP menjadi bahan kutukan mereka. Kit Siang dan Guan Eng antara mereka yang dianggap ‘jijik’. Namun kini, bapa dan anak itulah yang mereka ‘puja’…

Pada pandangan penulis, ‘perjuangan’ yang mereka anggap ‘perjuangan’ itu hanyalah sekadar ikut-ikutan sahaja, hanya terpengaruh dengan individu yang kononnya ‘maksum’ meskipun terpalit pelbagai skandal mega yang sebelum ini sengaja di ‘everything to hide’.

Mereka tidak sedar dijadikan ‘perkakas’ dan ‘bidak catur’ untuk membuka laluan kepada individu tertentu naik ke atas. Kiasannya, kepala mereka hanyalah menjadi ‘anak tangga’ untuk ‘dipijak’ individu tersebut naik ke ‘singgahsana’ yang diidamkan.

Mereka menyebut ‘kleptokrat’, namun penulis yakin mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka kini bersama ‘bapa kleptokrat’ yang lebih dua dekad meraih laba di sebalik corak autoritarian klasik yang cukup licik.

Melihat pada usia mereka yang terpengaruh dengan ‘bapa kleptokrat’ itu, boleh dikatakan hampir semuanya ‘buta’ dan masih mentah untuk mengenali betapa rakyat marhain dahulu memendam rasa, mengeluh di sebalik keringat yang bagai langsung tidak dihargai.

Lagaknya kini bagai anak didiknya sendiri yang mendiami jeriji besi di Sungai Buloh. Dia tuduh orang hilangkan 10 sen, tapi dia sendiri pernah menutup kisah diri sendiri yang melesapkan RM10. Memaku dulang, paku yang serpih itu bermaruah?

Lebih licik lagi, akaunnya seolah ‘bersih’. Namun akaun mereka yang berada di sekelilingnya itu bukan setakat berkoyan-koyan yang telah dikaut, malah dikatakan jika dibelanjakan secara mewah sekali pun, tidak akan habis lebih 7 keturunan…

Pada pandangan penulis, pengikut-pengikutnya tahu tentang itu semua, namun terpaksa membutakan mata hati? Mungkin kerana mereka tidak mahu ‘menjilat ludah’ dua kali? Namun apa yang berlaku sudah cukup menandakan mereka tiada harga diri.

Hidup kita hanya sekali di dunia, sebelum kita melangkah ke alam akhirat yang kekal abadi. Justeru, seboleh-bolehnya kita di dunia biarlah berjihad dengan niat ibadah dengan memegang prinsip yang benar berpandukan agama, serta memanfaatkan bangsa dan negara.

Namun itu semua mungkin tidak wujud dalam diri mereka. Kenapa? Mungkin kerana mereka terlalu obses dengan perjuangan duniawi, tanpa menghiraukan bahawa matlamat yang lebih penting adalah berada di alam akhirat kelak.

Percayakah mereka kepada dosa dan pahala sehingga berpegang pada prinsip ‘matlamat yang menghalalkan cara’? Harga diri sebegitukah yang akan mereka bawa bertemu Allah Azza Wa Jalla nanti? Itu pun mereka masih tidak malu mendakwa diri mereka ‘bermaruah’?

Cukup-cukuplah. Kembalilah ke pangkal jalan. Walau sehebat manapun warga emas itu dulu, namun sekiranya dia tersalah langkah dan tiada maruah di usia senjanya, usahlah terjun ke longkang bersamanya. Bukankah itu bodoh namanya?

Penulis tidak memaksa. Terserahlah sama ada mahu menjadi seorang manusia yang bermaruah atau tidak. Itu pilihan masing-masing. Namun penulis harap, kembalilah bertuhankan Allah dan berimamkan Rasulullah SAW. Itu lebih baik…






Leave a Reply

Threesome