Menu Utama

Saman DoJ Dah Dibekukan, Pertemuan Trump-Najib Adalah Asli

SEORANG ahli Parlimen DAP mendakwa, pertemuan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump Selasa depan, ada kaitan dengan saman DoJ ke atas beberapa individu yang kononnya ada kaitan dengan dana dari 1MDB.

Perlu diingat, individu ini bukan pegawai pejabat Perdana Menteri, bukan juga pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menguruskan kunjungan ini.  Dia ialah ahli parlimen pembangkang yang tidak ada clue langsung tentang kunjungan ini dan tujuan di sebaliknya tapi anehnya memandai-mandai bercakap macam dia tahu semua.  Siapa bodoh saja percayakan orang yang enggan berdebat dengan Arul Kanda dalam isu 1MDB ini sekalipun dicabar.

Buat permulaan, semua orang perlu tahu bahawa saman DoJ ke atas semua individu berkenaan (Najib bukan salah seorang daripadanya), telah dibekukan Siapa bodoh saja percaya Najib atau Trump mahu masuk campur dalam kes yang sudah dibekukan, kes yang aktif berjalan tu lain ceritalah.

Kedua, hakikat bahawa White House yang mula-mula sekali mengeluarkan kenyataan media mengenai jemputan ke atas Najib membuktikan bahawa memang Presiden negara itu yang nak berjumpa dengan beliau. Tak sama langsung keadaannya dengan ketika Mahathir berjumpa Bush tahun 2002 dulu bila sejumlah wang rakyat terpaksa dikeluarkan untuk menampung pertemuan tersebut.

Itu nasib baik belum terdedah sebelum pertemuan tersebut yang Mahathir lesapkan wang rakyat RM 32 billion dalam perjudian Forex, kalau dah terdedah gamaknya, Bush pun tak ingin nak berjumpa, bayarlah berapa banyak sekalipun.

Jelas pemimpin Pakatan cemburu dengan perjumpaan ini dan dalam masa yang sama juga bimbang kerana ia akan menghancurkan terus semua dakyah mereka mengenai kononnya Najib terlibat dalam saman DoJ ke atas beberapa individu yang dinamakan dalam kes tersebut.  Lepas ni, tak tahulah nak kelentong macam mana kan?






Satu Komen to Saman DoJ Dah Dibekukan, Pertemuan Trump-Najib Adalah Asli

  1. Meriam Buluh says:

    Bila PM balik nanti rakyat akan sedar segala temberang pakatan haprak tentang 1MDB dan saman DOJ. Kat mana mahu letak muka…

Leave a Reply