Menu Utama

“Saki Baki Kaum Luth” Di Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik

LBGT dan Pakatan Harapan berpisah tiada. Mungkin itu adalah ayat terbaik di dalam menggambarkan apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Harapan. Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik yang turut disokong oleh Wanita Pakatan Harapan kelmarin, membuktikan bagaimana bunga-bunga LBGT berputik secara konsisten, seperti mana yang kita ketahui sebelum ini.

Secara jujur, penulis tidak pernah mempunyai masalah dengan “flash-mob”, atau himpunan berbaur politik seperti ini. Politik, begitulah seadanya, apatah lagi dengan standard pembangkang yang ada di negara ini.

Pun begitu, seperkara yang perlu kita beri perhatian serius, adalah bagaimana cubaan untuk meruntuhkan akidah dan akhlak umat Islam jelas menjadi agenda mereka. Halus, cukup halus kerana berselindung di sebalik kononnya memperjuangkan wanita.

“Lesbian is not a crime, it is a gift from god” (hubungan wanita sejenis bukan satu jenayah, ia adalah anugerah dari Tuhan). Begitulah intipati risalah yang didapati ketika himpunan tersebut berlangsung. Jelas, sasaran utama mereka adalah umat Islam, berdasarkan gambar yang tertera. Apa lagi yang perlu kita katakan?

Jelas, nyata dan terang, serangan dari golongan liberal tidak pernah terhenti, apatah lagi dengan adanya watak-watak antik di dalam arena politik negara yang sedang ingin mencapai matlamat peribadinya, tentu sahaja saki baki kaum Luth ini kini lebih teruja dengan “kebersamaan” yang dipamerkan.

Golongan ini suatu ketika pernah mencetuskan kontroversi “Kita semua anak Tuhan”, dan kini kembali pula dengan provokasi terbaru, kononnya hubungan sejenis adalah anugerah dari Tuhan. Sedangkan, Allah SWT dan Rasulullah telah telah mencela dan menghina para pelakunya seperti ayat di bawah;

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ﴿٨٠﴾إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya. ‘Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian? ‘Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampui batas” [Al-A’raf/7: 80-81]

Satu celaan yang keras kepada pelaku hubungan sejenis. Apa lagi yang mereka mahu dustakan tentang hukum hubungan sejenis?

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا

“Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337]

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِى عَمَلُ قَوْمِ لُوطٍ

“Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah : 2563, 1457. Tirmidzi berkata : Hadits ini hasan Gharib, Hakim berkata, Hadits shahih isnad]

 






Satu Komen to “Saki Baki Kaum Luth” Di Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik

  1. Memang Baik says:

    Apabila perkara serupa ini berlaku dikalangan kita begitu mudah bagi kita menuduh kafir yang bertanggung jawab menghasut. Kafir tetap kafir walau mereka ada menghasut atau tidak. Tapi bagi mereka yang mengenali diri sendiri melalui asal usul mak bapak mereka, seharusnya mereka sedar siapa mereka. Apa agama dan apa pegangan mereka. Mereka seharusnya arif dengan maha makruf nahi mungkar yang mereka diajar.

    Sukar untuk kita tafsir apa yang menyebabkan mereka terdorong dan siapa yang mendorong.Lari segala fahaman, tafsiran dan akidah. Kita takut orang lain juga terkena balasan tuhan oleh perbuatan segelintir mereka.

Leave a Reply