Menu Utama

RCI Forex Bank Negara : Mat Sabu Hanya Mampu Bagi Cadangan Bodoh

PENYAKIT membuat kenyataan sinis bagi mengalihkan isu besar yang dipelopori oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad kini berjangkit kepada Presiden Parti Amanah Negara(PAN) Mohamad Sabu.

Rakyat tahu bahawa PAN merupakan parti yang dibentuk oleh DAP untuk menjalankan kerja-kerja merosakkan orang Melayu dan agama Islam yang sebelum ini dilakukan oleh parti PAS.

Sebagaimana yang kita tahu sekarang perbicaraan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerugian Forex Bank Negara sedang berjalan. Perkara tersebut dilihat memberi impak negatif kepada Pakatan Harapan memandangkan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Pengerusi pakatan tersebut.

Walaupun pelantikan Mahathir itu lebih bersifat boneka memandangkan individu paling berkuasa dalam pakatan adalah Lim Guan Eng namun RCI Forex tetap mengundang gundah gelana dikalangan pemimpin kanan pakatan pembangkang.

Bila pembangkang berada dalam keadaan ini maka menjadi tanggungjawab PAN untuk tampil membantu. Cuma seperti yang kita tahu bahawa tahap kecerdikan Mat Sabu yang sering menjadi bahan gurauan tidak mampu membantu pakatan pembangkang seperti yang diharapkan.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan sebuah RCI untuk menentukan siapa yang betul di antara dua pahlawan Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu cara pakatan memperlekehkan RCI Forex Bank Negara.

Sebenarnya pakatan cuba memperbodohkan rakyat dengan kenyataan tersebut. Rakyat mahu mereka yang menyalahgunakan duit rakyat atau lebih tepat berjudi dengan menggunakan duit rakyat dibawa ke muka pengadilan samada lambat atau pun cepat.

Nilai matawang yang besar itu menjadikan RCI Forex ini lebih menarik memandangkan sebelum ini Mahathir dengan sewenang-wenangnya menuduh Perdana Menteri Malaysia “menghilangkan” wang 1Malaysia Development Berhad(1MDB) sebanyak RM42 bilion. Dan seperti biasa, sifat semulajadi pembangkang ini yang menuduh kerajaan bagi menutup salahlaku mereka sendiri.






Leave a Reply

Threesome