Menu Utama

Pokok Sena Banjir, Tapi Dia Sibuk Doakan Pakatan Di Raudhah?

Sangat ‘menyentuh hati’ apabila seorang Ahli Parlimen PAS yang difahamkan kini sedang berada di Madinah Al-Munawwarah setelah selesai menunaikan ibadah haji masih tidak dapat meninggalkan ketaksubannya terhadap politik.

Sedang dia sepatutnya memberi tumpuan memperbanyakkan ibadah setelah bergelumang dengan kebejatan dan hipokrasi dunia politik berpuluh tahun, masih lagi dia sempat berpolitik di masjid Nabawi As-Shareef.

Namun agak menarik tentang doa yang dikatakan telah dilafaz di Raudhah berhampiran mimbar dan makam Rasulullah SAW itu, dia mendoakan kemenangan khas buat Pakatan Harapan, BUKAN untuk PAS!

Pada pandangan penulis, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mungkin kurang asas dan didikan agama. Selalunya, setiap muslim yang bermunajat di makam mustajab doa itu akan berdoa untuk dirinya sendiri, ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan sahabat handai terdekat.

Itulah golongan yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi kita untuk berdoa di tempat-tempat seperti itu di tanah suci. Kemudian, barulah didoakan mereka yang berada di bawah tanggungjawab kita yang lain. Tidak bolehlah tinggalkan politik sekejap?

Lagi pun setahu penulis, tempoh untuk seseorang itu bersolat dan bermunajat di Raudhah adalah sangat terhad dan singkat. Ia adalah disebabkan kita perlu memberi ruang dan masa kepada jemaah lain untuk bersolat dan berdoa di lokasi mustajab tersebut.

Sekiranya dia berdoa untuk PAS, mungkin agak relevan untuk difikirkan kerana dia menang menjadi Ahli Parlimen pun pada 2013 dulu di atas tiket PAS. Tapi mungkin dia jenis tidak tahu malu di depan Allah, diminta pula perkara yang karut-marut dan sia-sia.

Penulis juga hairan mengapa ketika mana dia berada di tanah suci itu, suatu yang dia tidak dapat tinggalkan ialah politik. Sedangkan, sebagaimana yang kita sedia maklum, parlimen Pokok Sena yang dia wakili sedang terjejas banjir.

Mungkin rakyat di kawasannya faham bahawa dia sedang berada di Kota Rasulullah SAW, Madinah. Namun malang, dia lebih ingat pada Pakatan Harapan berbanding rakyat di kawasannya yang sedang ditimpa musibah.

Tidakkah dia sepatutnya lebih wajar untuk mendoakan agar Allah membantu rakyatnya dan hindarkan dari kejadian yang tidak diingini? Tidakkah dia terlintas untuk mengeluarkan kenyataan media meminta supaya rakyat bertenang dan sabar sementara dia berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan mereka?

Apakah terlalu sukar untuk menenangkan resah gelisah dan gundah gulana rakyat di Pokok Sena dengan bertanya khabar bersama titipan doa di Raudhah? Atau Pakatan Harapan itu lebih menjadi keutamaan kepada Ahli Parlimen itu?

Justeru itu, penulis menyarankan kepada Ahli Parlimen itu, sementara Allah memberikan ruang dan masa untuknya di Masjid Nabawi, gunakanlah kesempatan itu untuk memanfaatkan rakyat Pokok Sena dengan mendoakan kesejahteraan mereka.

Tahulah jika di hatinya berjiwa ‘harum manis’ sekali pun. Namun pada pandangan penulis, rakyat dan tanggungjawab serta amanahnya sebagai wakil rakyat sepatutnya adalah lebih utama berbanding Pakatan Harapan, bukan? Semoga Allah beri hidayah padanya…






2 Komen to Pokok Sena Banjir, Tapi Dia Sibuk Doakan Pakatan Di Raudhah?

  1. dkds says:

    PAS tak berani pecat dia…hahahahahaha

  2. Pemerhati says:

    macam mana agaknya jika si mahfuz ini terus dipilih & dibenar oleh PAS untuk mempertahankan kerusi parlimen pokok sena pada PRU14 nanti?

    apa agaknya reaksi si mahfuz ini jika pan atau ppbm meletakkan calon bertanding di kerusi parlimen yang sama?

Leave a Reply