Menu Utama

‘Perkauman’: Syed Saddiq Tak Kenal Siapa DAP?

Pemimpin Pakatan Harapan kini seboleh-bolehnya akan cuba menyebarkan propaganda kepada rakyat kononnya PAS ‘mesra’ UMNO, PAS ‘bekerjasama’ dengan UMNO’, PAS akan menyertai UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) dan seumpamanya.

Terbaru, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyelar PAS yang kini sudah berubah pendekatan dan kononnya memainkan isu perkauman untuk menarik undi dari kalangan rakyat, khususnya berbangsa Melayu beragama Islam.

Dia mendakwa, PAS kononnya cuba menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP supaya mereka tidak mengundi Pakatan Harapan pada PRU ke-14 nanti dan tindakan itu disamakan dengan tindakan UMNO sebelum ini.

Sekiranya Syed Saddiq ini disamakan tahapnya seperti ‘budak kanyaq’, mungkin dia akan tersinggung marah. Mungkin padanya mana mungkin seorang juara debat sepertinya bersifat ‘kanyaq’, bukan?

Namun begitu, untuk membuktikan dirinya tidak ‘kanyaq’, maka dia perlu buktikan melalui kenyataan-kenyataan yang bijak, matang dan bernas, berpandukan asas yang kukuh dan benar. Jika guna ‘fakta’ dari Clare Brown, maka akan kekallah dia sebagai ‘budak kanyaq’.

Suka diberitahu pada budak itu bahawa berhubung isu ini, sama ada UMNO mahupun PAS, isu yang dihujahkan kedua-duanya langsung tidak berunsur perkauman, malah ‘bau-bau bacang’ pun langsung tidak terlibat.

Merujuk pada sejarah politik negara, seorang bekas Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara telah berpuluh-puluh tahun menegaskan bahawa DAP merupakan sebuah parti yang rasis dan sangat cenderung tidak menghormati kepentingan agama Islam.

Mantan Perdana Menteri itu turut mengemukakan banyak bukti dan hujah yang kukuh untuk menyokong penegasannya itu. Justeru itu, kami majoriti rakyat Malaysia amat yakin dan setuju pada hakikat kenyataan tersebut. Sehingga kini, belum ada sebarang petanda parti itu berubah. Jadi, siapa yang perkauman sebenarnya?

Jika bekas Perdana Menteri itu kini berubah dan sanggup menjilat kembali segala ‘kahak hijau yang diludah’nya dahulu, maka ia sangat mudah untuk disimpulkan bahawa perubahan itu berlaku mengikut situasi politik bagi menjustifikasikan persekutuannya dengan DAP.

Dalam erti kata mudah, biar tergadai maruah diri asalkan menang dapat kuasa yang boleh diwariskan kepada pewaris yang dihajati. Faham?

Pada pandangan penulis, sebenarnya tiada siapa yang menakut-nakutkan sesiapa berhubung perkara ini. Hampir semua umat Islam berbangsa Melayu kenal siapa DAP sebenarnya. Yang tidak kenal hanyalah ‘budak-budak kanyaq’ yang ‘buta’ sahaja.

UMNO tidak rasis, dan begitu juga dengan PAS. Jika UMNO rasis, maka sudah tentu UMNO tidak akan bersetuju dengan konsep Ikatan Murni, tidak akan sanggup menerima MCA atau MIC membentuk Parti Perikatan mahupun Barisan Nasional. Itu jelas!

Sekiranya PAS rasis, maka sudah tentulah takkan wujud sayap parti itu yang terdiri dari golongan bukan Islam di negara kita yang menyokong PAS. Faham?

Cuma, UMNO dan PAS hanya mengingatkan umat Islam dan bangsa Melayu sahaja tentang apakah nasib masa depan anak cucu mereka nanti sekiranya memberikan peluang kepada DAP untuk berkuasa.

Sejarahnya, kami sudah melihat apa yang dilakukan ‘abang DAP’ di Singapura terhadap bangsa Melayu dan agama Islam di sana. Kami juga dapat menilai dengan rasional apa yang berlaku di Perak walau setahun dikuasai individu yang kini menyertai PAN, sekutu kesayangan DAP.

Umat Islam berbangsa Melayu juga tidak bodoh untuk menilai apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Tidak perlu dihuraikan di sini tentang apa yang berlaku kerana jawapannya ada di dalam akal fikiran dan hati kecil yang tidak pernah menipu diri.

Justeru itu, tidak perlulah tunjukkan sangat ‘kanyaq’ yang ada pada diri kerana tindakan itu sangat memalukan. Malulah pada ahli-ahli Armada berketuakan ‘budak kanyaq’. Nasihat penulis, elok pergi masuk sekolah dan belajar kaji sejarah politik negara, fahamkan betul-betul apa yang tersurat dan apa yang tersirat di sebaliknya…






Leave a Reply