Menu Utama

Pencarum KWSP Ada Harapan Dapat Dividen Tinggi Hasil Pertemuan Najib-Trump

 

PORTAL pembangkang dalam usaha terdesak untuk mencemarkan kejayaan lawatan Datuk Sri Najib Tun Razak ke USA – disebalik dakwaan konon Najib akan ditangkap FBI dan DoJ, cuba memanipulasi cadangan pelaburan berjumlah USD 10 billion melibatkan KWSP dan Khazanah dengan syarikat Amerika seperti Boeing..

Yang bodoh-bodoh ini tidak tahu, KWSP sentiasa melaburkan wang dalam pegangan mereka, kalau tidak bagaimana mahu bayar dividen (minimum 4%) kepada pencarumnya?  Nanti dividen rendah, yang memekak macai juga.

Patutnya pelaburan besar ini dilihat sebagai peluang untuk KWSP mendapat pulangan tinggi yang kemudiannya akan ditejermahkan dalam bentuk dividen tinggi kepada rakyat.  Ini disebut dalam konotasi negatif pulak seolah pelaburan ini pasti membawa kerugian.

Rakyat perlu faham, semua ini berlaku kerana Pakatan dan Mahathir terdesak, gagal menghalang pertemuan Najib-Trump ini daripada berlangsung.  Justeru Pakatan perlu mencari apa alasan untuk merendahkan martabat pertemuan ini dengan apa cara sekalipun   Mahathir pergi Jepun entah jumpa Yakuza mana diangkat semacam pengiktirafan besar tapi Najib berjumpa Trump, boleh pulak dianggap kecil.

Oh ya, cakap pasal Mahathir, setakat ini terkulum lidah tua kutuk dari bercakap tentang pertemuan tersebut.

Siapa sangka negara super power seperti Amerika mahu berjumpa dengan Najib berkaitan isu keselamatan global?  Dia ada 9 kapal pengangkut pesawat (atau lebih), pengkalan di merata dunia tapi dalam soal-soal keselamatan tertentu, memerlukan bantuan Malaysia atau lebih spesifik, Najib untuk membantu dalam hal-hal tertentu.

Apa bahasa nak digambarkan tu kalau bukan hebat!!

Di kalangan Pakatan, hanyalah Rafizi saja cuba menyelit di sana sini dengan kenyataan dari imiginasinya sendiri.  Bakal banduan ini memang sudah disahkan banyak mahkamah sebagai penipu – kalah saman merata. Tiada orang waras yang mahu percaya kepada cakapnya lagi.  Di kalangan orang bodoh saja Rafizi macam raja, raja penipulah.






Satu Komen to Pencarum KWSP Ada Harapan Dapat Dividen Tinggi Hasil Pertemuan Najib-Trump

  1. zas says:

    Kami rakyat marhaen sentiasa mendoakan keselamatan keatas negara kami yg di cintai…

    udah di Taqdirkan bahawasanya kelebihan,kemuliaan serta kemudahan yang ALLAH berikan kpd amir/pemimpin2 yg diketuai oleh UMNO/BN dari dahulu,sekarang dan insyaallah masa2 mendatang utk memakmorkan lagi Malaysia khususnya serta alam umumnya..ameen!! UMNO/BN adalah bersifat universal..terimalah dengan redho dan berlapang dada Qada’ , Qadar serta Taqdir hakikatnya!! as sebab niele kekal pemerintah diketuai oleh UMNO/BN….ameen

Leave a Reply