Menu Utama

Pembangkang seperti dahan rapuh

Parti-parti pembangkang di negara ini diumpamakan seperti dahan yang rapuh, sekali gus tidak mampu menjadi penyelamat kepada rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, keadaan itu jelas terbukti apabila beberapa pemimpin utama pembangkang bertindak keluar parti atas pelbagai alasan seperti merasakan perjuangan mereka adalah sia-sia, selain bimbang melihat perpecahan orang Melayu.

Katanya, mereka turut men­dedahkan pengalaman bersama parti berkenaan yang disifatkan tidak pernah berjuang untuk kepentingan ahli dan rakyat, sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta kroni, di samping menjadi alat DAP.

“Lihat sahaja perkembangan yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mereka gagal menyatukan ahli untuk kekal bersama parti. Dua hari lepas, bekas Menteri Besar Se­langor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kemba­li ke pang­kuan UM­NO. Sebelum itu, bekas Penolong Se­ti­ausa­ha Srikandi PPBM, Hasnita Hi­s­ha­mu­­­din; bekas Se­­tiausaha PPBM, Ka­­­marul Azman Ha­­bibur Rahman; Naib Presidennya, Da­tuk Hamidah Osman dan Ketua Srikandi yang juga antara pengasas PPBM, Anina Saadudin keluar parti.

“Pertanyaannya, bolehkah ki­ta percaya kepada parti sebegini untuk memerintah negara kita?” katanya dalam blog, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Salleh Said berkata, berdasarkan tulisan Bill Clinton dalam bukunya berjudul Back to Work: Why We Need Smart Government for a Strong Economy, ada me­nyatakan sesebuah negara perlukan kerajaan yang bijak untuk ekonomi yang kuat.

Katanya, Clinton tu­rut menyatakan, se­buah kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang kukuh, bersatu, menjaga ke­bajikan rakyat dan yang tidak ber­pe­cah-belah.

Dalam konteks itu, kata beliau, ha­nya UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negara ini mempunyai ciri-ciri ber­kenaan.

“Lees-Marshment dalam bu­kunya The Political Marketing Game turut menyatakan, untuk menang dalam pilihan raya, sesebuah parti mesti mempunyai strategi pemasaran politik yang baik. Satu daripada strategi tersebut ialah berasaskan kepada pasaran, iaitu parti hendaklah mempunyai satu produk besar yang boleh dipasarkan kepada rakyat,’’ katanya.

Utusan






Leave a Reply